Utama > Uncategorized > ~ debate to learn : learn to debate ~

~ debate to learn : learn to debate ~

PENDAHULUAN

SYARAT-SYARAT & PERATURAN DEBAT BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN

 

1.NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Debat  Bahasa Melayu Ala Parlimen .

 

2.FORMAT

• Satu pasukan debat yang mewakili sekolah dianggotai oleh tiga orang pendebat utama dan dua orang pendebat simpanan.

•Pasukan pencadang yang dikenali sebagai Pasukan Kerajaan akan bertanding dengan Pasukan Pembangkang.

•Pendebat pertama daripada pihak kerajaan akan disebut YAB Perdana Menteri, manakala dua orang lagi pendebat dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Menteri Kedua dan YB Menteri Ketiga. Pendebat simpanan pasukan kerajaan disebut sebagai YB Menteri Keempat dan Menteri Kelima. Pendapat pertama daripada pihak pembangkang akan disebut sebagai YB Ketua Pembangkang, manakala dua orang lagi pendebat dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Pembangkang Kedua dan YB Pembangkang Ketiga. Pendebat simpanan pasukan pembangkang disebut sebagai YB Pembangkang Keempat dan Pembangkang Kelima.

•Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah seperti berikut :

  KERAJAAN PEMBANGKANG MASA
1 Pertama 2 Pertama 8 minit
3 Kedua 4 Kedua 8 minit
5 Ketiga 6 Ketiga 8 minit
8 Ucapan menggulung

Pertama/Kedua

7 Ucapan menggulung

Pertama/Kedua

4 minit

 

•Pendebat pertama daripada kedua-dua pasukan akan hanya mengutarakan satu hujah, manakala pendebat kedua daripada kedua-dua pasukan akan mengutarakan dua hujah. Pendebat ketiga daripada kedua-dua pasukan tidak mengutarakan hujah-hujah yang baharu. Tugas mereka adalah untuk membidas hujah pasukan lawan.

•Semasa satu pihak berucap atau berhujah, ahli pasukan lawan boleh memohon ‘Izin Laluan’. Pendebat ini boleh menerima atau menolak izin laluan daripada pihak lawan.

•Selepas kesemua pembahas menyampaikan ucap utama, pembahas pertama atau pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan penggulungan dimulai oleh pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukan kerajaan.

 

3.KELAYAKAN

•Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa Jordan mewakili mantiqah masing-masing.

 

4.PENGHAKIMAN

•Semua pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada tiga atau lima orang hakim.

•Taklimat kepada panel hakim diberi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum pedebatanbermula.

•Setiap mantiqah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya seorang hakim Debat Bahasa Melayu ke pertandingan peringkat seJordan .

•Seseorang hakim tidak boleh mengadili pertandingan yang melibatkan mantiqahnya sendiri.

• Pasukan debat yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim dipilih sebagai pemenang. Para hakim tidak dibenarkan berbincang untuk memilih pasukan yang menang.

•Selepas selesai perdebatan , ketua hakim akan mengumpulkan dan merumuskan borang keputusan dan menyerahkan kepada tuan speaker untuk mengumumkan keputusan perdebatan.

• Para hakim boleh merujuk kertas catatan hakim untuk membuat pemilihan pendebat terbaik.

•Keputusan panel hakim adalah muktamad.

 

 

 

 

5.TATACARA PERBAHASAN

5.1 PENGENDALIAN PERBAHASAN

•Usul perbahasan akan diberi kepada pasukan yang bertanding sekurang-kurangnya dua minggu sebelum bermulanya pertandingan .

•Cabutan undi akan dijalankan di bilik urus setia untuk menentukan pihak kerajaan dan pembangkang 1 jam sebelum pertandingan.

•Setelah mengetahui kedudukan mereka, pasukan-pasukan yang terlibat akan dikuarantinkan di bilik persediaan masing-masing.

•Hanya para pelajar di dalam pasukan itu ( tiga pendebat utama dan dua orang simpanan ) yang dibenarkan berada di dalam bilik persediaan. Pihak lain seperti guru penasihat / jurulatih / ahli keluarga / penyokong adalah dilarang berada di bilik persediaan semasa pasukan dikuarantinkan.

•Pasukan debat dikehendaki berada di bilik pertandingan  lima minit sebelum perdebatan bermula supaya pertandingan dapat dijalankan dengan lancar. Pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan dibatalkan penyertaannya.

•Setiap pendebat yang akan menyampaikan hujah dikehendaki keluar dari tempat duduknya dan berada di tempat yang disediakan.

 

5.2 PERANAN YANG ARIF TUAN SPEAKER / YANG DIPERTUA DEWAN.

•Pertandingan debat ini akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Speaker dan dibantu oleh seorang penjaga masa. Beliau perlu memastikan bahawa pertandingan debat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan daripada pihak yang bertanding ataupun daripada penonton yang juga disebut sidang dewan.

•Tuan Speaker akan membaca ringkasan peraturan perdebatan dan memperkenalkan penjaga masa, panel hakim dan pendebat-pendebat .

•Tuan Speaker tidak dibenar membuat komen tentang usul perdebatan ataupun pendebat-pendebat yang sedang bertanding.

•Tuan Speaker akan memastikan bahawa hakim telah bersedia sebelum menjemput pendebat untuk berucap.

•Tuan Speaker akan mengumumkan keputusan pertandingan.

5.3 PERANAN PENJAGA MASA

•Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa lapan minit diperuntukkan bagi ucap utama setiap pendebat dan empat minit untuk ucapan menggulung. Masa akan diambil kira dari permulaan pendebat berucap.

•Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada akhir minit pertama dan akhir minit ketujuh untuk menandakan bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan membuat ‘Izin Laluan’. Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit kelapan sebagai tanda bahawa masa untuk pendebat berhujah telah tamat.

•Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah memastikan bahawa kedua-dua pasukan diberi masa tiga minit sebagai masa persediaan sebelum pasukan-pasukan tersebut membuat penggulungan.

•Pada minit ketiga masa penggulungan, penjaga masa akan membunyikan loceng amaran dan pada minit keempat loceng dibunyikan dua kali menandakan masa telah tamat untuk pembahas.

 

5.4 LARANGAN

•Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang.

•Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali.

 

5.5 PERANAN PENDEBAT

Pendebat Pertama Kerajaan (YAB. Perdana Menteri) – 8 Minit

•Tugas pertama Perdana Menteri adalah untuk memberi definisi atau penakrifan terhadap tajuk atau usul yang dibentangkan dalam perdebatan tersebut.

•Tugas kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan berhubung dengan usul yang dibentangkan.

•Tugas ketiga Perdana Menteri adalah untuk menyatakan strategi pihak Kerajaan dan peranan yang akan dilakukan oleh Menteri Kedua dan Menteri Ketiga bagi mengukuhkan pendirian pihak kerajaan.

•Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mengemukakan satu hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usul yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan.

•Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk menegaskan pendirian pihak Kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

•Perdana Menteri boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.

 

Pendebat Pertama Pembangkang ( YB. Ketua Pembangkang )- 8 Minit

•Tugas pertama Ketua Pembangkang ialah untuk menyatakan pendirian pihak pembangkang sama ada bersetuju dan menerima definisi usul yang telah diberikan oleh pihak kerajaan atau menolak definisi tersebut. Sekiranya pihak pembangkang menolak definisi tersebut, mereka boleh mengemukakan definisi mengikut takrifan mereka. Pihak Pembangkang juga berhak untuk meminda definisi yang telah dikeluarkan oleh perwakilan kerajaan .

•Tugas kedua Ketua Pembangkang adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri (Pembahas Pertama Kerajaan).

•Tugas ketiga Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan pendirian pihak pembangkang berhubung dengan usul yang diperdebatkan dalam perdebatan tersebut.

•Tugas keempat Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan strategi pihak pembangkang dan peranan yang akan dilakukan oleh pembangkang kedua dan pembangkang ketiga bagi mengukuhkan pendirian pihak pembangkang.

•Tugas kelima ketua pembangkang adalah untuk mengemukakan satu hujah dan memberi huraian / fakta berdasarkan pendirian pihak pembangkang.

•Tugas keenam ketua pembangkang adalah untuk menegaskan pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan.

•Ketua Pembangkang boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.

 

 

 

Pendebat Kedua Kerajaan ( YB. Menteri Kedua)- 8 Minit

•Tugas Pertama Menteri Kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan sama ada bersetuju dan menerima definisi baru yang telah diberikan oleh pihak pembangkang atau menolak definisi tersebut. Sekiranya pihak kerajaan menolak definisi semula oleh pihak pembangkang, Menteri Kedua hendaklah memberi penegasan tentang definisi yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

•Tugas kedua adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh ketua pembangkang.

•Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan.

•Tugas keempat Menteri Kedua adalah untuk menegaskan pendirian pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

•Menteri Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.

 

Pendebat Kedua Pembangkang (YB. Pembangkang Kedua)- 8 Minit

•Tugas pertama Pembangkang Pertama adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh menteri kedua.

•Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri..

•Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh pihak pembangkang.

•Tugas keempat Pembangkang Pertama adalah untuk menegaskan pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan.

•Pembangkang Pertama boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.

 

 

 

Pendebat Ketiga Kerajaan (YB. Menteri Ketiga)- 8 Minit

•Tugas pertama Menteri Ketiga adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh pembangkang kedua.

•Tugas kedua Menteri Ketiga adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang.

•Tugas ketiga Menteri Ketiga adalah memperkukuh usul yang telah dibawa oleh pihak kerajaan dan menegaskan pendirian pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

•Menteri Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.

 

Pendebat Ketiga Pembangkang ( YB. Pembangkang Ketiga)- 8 Minit

•Tugas pertama Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri ketiga.

•Tugas kedua Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri Kedua.

•Tugas ketiga Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas pendirian dan hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.

•Tugas keempat Pembangkang Ketiga adalah untuk memperkukuh usul berdasarkan fakta-fakta pihak pembangkang dan menegaskan pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan.

•Pembangkang Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.

Peranan Penggulung

Penggulung Pihak Pembangkang ( Pembahas Pertama/ Kedua)- 4 Minit

•Tugas pertama penggulung pihak pembangkang adalah untuk membidas kes/usul dan fakta-fakta pihak kerajaan serta menyatakan kelemahan/ kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membentangkan usul tersebut.

•Tugas kedua penggulung pihak pembangkang adalah menggulung perbahasan bagi pihak pembangkang dan membuat penegasan untuk menutup kes pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan.

 

Penggulung Pihak Kerajaan ( Pembahas Pertama/ Kedua)- 4 Minit

•Tugas pertama penggulung pihak Kerajaan adalah untuk membidas kes/usul dan fakta-fakta pihak pembangkang dalam membahaskan usul tersebut.

•Tugas kedua penggulung pihak Kerajaan adalah menggulung perbahasan bagi pihak Kerajaan dan membuat penegasan untuk menutup kes Kerajaan dalam menyokong usul yang telah dibentangkan.

 

Peranan Pendebat Simpanan ( YB. Menteri Keempat / Menteri Kelima /  Pembangkang Keempat / Pembangkang Kelima )

•Tugas pembahas simpanan ( YB. Wakil Kerajaan Keempat dan Kelima dan Pembangkang Keempat serta  Kelima ) adalah untuk membantu membuat catatan hujah pihak lawan / bidasan / izin laluan dan memberikan kepada pasukannya.

•Tugas pendebat simpanan juga adalah untuk memberi idea dalam perbincangan .

•Pendebat simpanan juga boleh menggantikan tempat pendebat sebenar sekiranye diperlukan.

 

IZIN LALUAN

•Semasa seorang pendebat sedang menyampaikan ucap utama, pihak lawan  dibenarkan memohon untuk membuat izin laluan. Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada pembahas yang sedang berucap. Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk : -

  • soalan
  • kenyataan
  • fakta
  • ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang diutarakan oleh pendebat

 

•Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta maklumat mengenai sesuatu isi yang sedang diucapkan. Pihak lawan boleh membetulkan fakta yang dianggap telah terpesong. Izin laluan juga boleh digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak lawan.

•Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin laluan. Izin laluan haruslah padat dan bernas.

•Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah akan dikurangkan jika melanggar etika ini.

Etika izin laluan.

•Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit kedua dan minit ketujuh ucapan pembahas. Izin laluan tidak boleh dilakukan pada minit pertama dan minit terakhir semasa pembahas sedang berucap. Loceng akan dibunyikan untuk menandakan permulaan dan penutup masa yang ditetap untuk izin laluan.

•Tiada terdapat izin laluan semasa ucapan penggulungan.

•Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat tangan atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa memohon izin laluan. Pelakuan yang kasar dan biadap seperti menepuk-nepuk meja atau tangan, memetik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit atau  apa-apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk mengganggu pihak lawan akan menyebabkan pengurangan markah.

•Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus dan berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan budaya yang tinggi. Menjerit, marah-marah dan mengejek pihak lawan adalah dilarang.

•Izin laluan dipohon dengan cara seseorang pendebat berdiri dan menyebut “Izin Laluan  Yang Berhormat”. Pendebat yang sedang berucap tidak dimestikan menerima setiap izin laluan yang ditujukan kepadanya. Pendebat yang sedang berucap boleh:

•Meminta pihak lawannya untuk duduk dengan cara yang hormat;

•Menghabiskan ayatnya dan menerima izin laluan tersebut;

•Menerima izin laluan tersebut ketika itu.

 

 

 

Memohon Dan Menerima Izin Laluan

 

•Sepanjang perdebatan seorang pendebat DIWAJIBKAN memohon sekurang-kurangnya dua kali izin laluan. Pendebat ini juga mesti menerima paling kurang dua kali izin laluan yang ditujukan kepadanya.

•Pendebat yang memohon izin laluan kurang daripada dua kali akan kehilangan markah isi dan strategi

•Markah isi ditolak kerana gagal mengambil peluang keemasan.

•Markah strategi ditolak kerana tidak memenuhi peranan sebagai pendebat.Pendebat yang tidak menjawab atau menerima izin laluan daripada pihak lawan juga kehilangan markah isi dan strategi.

•Kehilangan markah dalam isi adalah disebabkan pendebat tidak memberi peluang kepada pihak lawan.

•Kehilangan markah strategi adalah disebabkan pendebat tidak menjalankan peranan sebagai pendebat dan takut menghadapi cabaran. Panel hakim juga boleh menilai sama ada pendebat itu berdebat secara spontan ataupun terikat pada teks perbahasannya dengan menilai daripada penglibatannya dalam izin laluan.

About these ads
Categories: Uncategorized
  1. aliah
    24 Mac 2011 at 1.32p03

    terima kasih kerana memberi info untuk pembahas ketiga pembangkang.. dan untuk izin laluan

    • hikmah kembara
      24 Mac 2011 at 1.32p03

      same2 kasih…. tq juge kerane sudi ziarah … :)

  2. naz
    24 Februari 2012 at 1.32p02

    terima kasih untuk informasi perdana menteri juga…;)

    • hikmah kembara
      25 Februari 2012 at 1.32p02

      same2

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: