Rumah > Uncategorized > ~ hukum nikah ketika ihram ~

~ hukum nikah ketika ihram ~

Menurut Imam Syafie seorang yang sedang ihram tidak dibolehkan untuk mengadakan nikah, menikahkan mahu pun meminang.

Ada pun beliau dalam menetapkan hukum pernikahan pada waktu ihram ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Usman bin Affan, yang berbunyi: “Seorang yang sedang ihram tidak boleh nikah, menikahkan mahupun meminang.”

Pendapat Imam Syafie di atas didukung oleh Imam Nawawi yang memaparkan bahawa larangan nikah ketika ihram adalah haram dan nikahnya tidak sah.

Syarat agar wali atau yang dinikahi itu tidak berihram, melainkan mazhab Hanafi mengharuskan berlakunya nikah kahwin ketika dalam ihram.

Mengikut pandangan jumhur bahawa tidak sah perkahwinan (pernikahan) seseorang itu selagi dalam keadaan ihram, sama ada ihram haji mahupun ihram umrah.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW riwayat Usman bin Affan yang bermaksud: Orang yang ihram (sedang mengerjakan haji atau umrah) tidak boleh mengahwinkan, tidak boleh dikahwinkan dan tidak boleh meminang. (riwayat Muslim, no; 1409)

Dalam hadis yang lain menyebut tidak meminang untuk dirinya dan untuk orang lain. Ini kerana ibadah haji adalah ibadah yang memutuskan segala aktiviti manusia semata-mata tumpu kepada ibadah.

Adapun nikah adalah laluan mengadakan hubungan suami isteri sedangkan sepanjang seseorang dalam ihram ditegah mengadakan hubungan kelamin. Mengikut mazhab al-Malikiyyah (mazhab Maliki), jika pernikahan itu berlaku maka hendaklah pernikahan itu difasakhkan (dibatalkan) oleh kadi.

Adapun, mazhab al-Hanafiyyah berpendapat ihram atau tidak, sah pernikahan seseorang yang sedang dalam ihram begitu juga harus menikahkan orang lain. Sama ada yang berihram itu bakal suami, bakal isteri mahupun wali yang menikahkannya.

Ini berdasarkan dalil oleh al-Bukhari dan Muslim, sesungguhnya diriwayatkan oleh Rawad bin Abbas bahawa nabi SAW bernikah dengan Maimunah binti al-Harith sedang baginda dalam ihram.

Ibnu Numair menambah: Aku menceritakan hal itu kepada Zuhri, lalu ia berkata: Yazid bin Asham mengkhabarkan kepadaku bahawa beliau menikahinya dalam keadaan halal, iaitu setelah bertahallul. (riwayat Muslim no: 1410)

Pandangan yang rajih (kuat) adalah pandangan jumhur, iaitu tidak sah pernikahan seseorang yang sedang dalam ihram. Ini kerana terdapat hadis lain menyebut Maimunah dinikahi Nabi SAW ketika tidak dalam ihram.

Hal ini diberitahu sendiri oleh Maimunah isteri nabi SAW yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah SAW menikahinya (Maimunah) sedang baginda telah keluar dari ihram. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kesimpulannya menikahkan, menikahi atau menjadi wali ketika berihram dikira tidak sah. (lihat al-Fiqh al-Islamiy wa adillatuhu, Dr. Wahbah al-Zuhailiy, jld:7, hlm: 69-70)

 

About these ads
Categories: Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: