Utama > Uncategorized > ……SEJENAK BERPANTUN…

……SEJENAK BERPANTUN…

Belajar di Mu’tah ramai yang sudi ,

Sampai banyak rumah dibuka ,

Hidup di dunia biar berbudi ,

Buat bekalan di hari muka .


Qutoif qisytoh sedap dimakan ,

Makan seorang memang tak aci ,

Fitnah-memfitnah jangan amalkan ,

Dosa dapat orang pun benci .


Budak baru tak duduk asrama ,

Kalau asrama confirm tak suka ,

Tolong menolong bekerjasama ,

Semangat muhibbah Allah pun suka .

Akhwat bersukan di Solah Askari ,

Rajinlah turun supaya sihat ,

Amalan mengumpat cubalah hindari ,

Ingatlah Allah tu Maha Melihat .

Berjalan malam biarlah berteman ,

Asalkan menjaga batasan syariah ,

Bagilah salam hulurkan senyuman ,

Mntapkan ukhuwwah hidupkan jemaah .

Lepas kelas pegi Abasi ,

Dekat ngan masjid biru berkubah ,

Budaya lambat boleh diatasi ,

Walaupun susah cubalah berubah .

Mintak tolong ngan Abu Mansur ,

Kalau ngan Labu confirm merana ,

Sesama kita bertolak ansur ,

Mudahkan kerja jernihkan suasana….

Kategori:Uncategorized
  1. al-huda
    21 Oktober 2009 at 1.32p10

    masyaAllah..
    pemilihan kata yg baik dan sarat pengajaran
    teruskan potensimu di jalan ini,dik😉

    p/s- name bkp pun teselit kat ctu.gud one!😀

    salam mujahadah~

    • faiz
      21 Oktober 2009 at 1.32p10

      syukran kak….. take care n jage kesihatan ye…..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: