Utama > Uncategorized > PANTUN LAGI…….

PANTUN LAGI…….

Dari Busyi nak balik rumah ,

Lepak jap kat Bayt Cempake ,

Jangan dihine orang yang lemah ,

Selagi terdaye bantulah mereke .


Besenye tunggu kat Masjid Syuhada’ ,

Baik giler coaster Aiman ,

Hormati yang tua sayangi yang muda ,

Hidup bahagia dunia pun aman .


Kunjung mengunjung di bulan Syawal ,

Takde salah nye lau bulan Safar ,

Rase marah boleh dikawal ,

Banyakkan bersabar juge istighfar .


Nak pindah umah panggil pick-up ,

Panggil BKP no hal nyer ,

Fikir dulu sebelum cakap ,

Kalau terlajak buruk padahnye .


Basuh baju terpakse ditangguh ,

Air dah naik seronok sakan ,

Teruskan usehe belajar bersungguh ,

Tuntutan agame jangan abaikan .


Rumah atas Maktabah Makkah ,

Mintak murah tak dapat2 ,

Tambah amalan ngan bersedekah ,

Ikhlaskan niat pahale pun dapat .


Budak baru baik2 ,

Budak lame peramah2 ,

Nabi Muhammad ikutan terbaik ,

Insan teragung penyelamat ummah .


Study kat Jordan takde sesape ,

Ajar erti hidup berdikari ,

Nikmat sihat jangan dilupe ,

Kalau dah sakit menung sendiri .


Sambutan raye buat kat Amman ,

Sesame mantiqah takde kelahi ,

Jauh perjalanan banyak pengalaman ,

Sambil merenung ciptaan Illahi .

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: