Utama > Uncategorized > SEBAT BUKAN SEBARANG SEBAT!!!!

SEBAT BUKAN SEBARANG SEBAT!!!!

Assalammualaikum semua…..

Diharapkan perkongsian ilmu yang sedikit ini dapat menjelaskan sedikit tentang betapa indahnya Islam itu .

Tetapi bagi orang yang jahil mereka masih tetap tidak mahu melaksanakan perintah Allah dengan berbagai alasan .

Nantilah , apabila suatu hari nanti setelah mereka berada di dalam kerajaan Allah maka mereka akan menyesal tanpa kesudahan .

Ketika itu mereka sedar bahawa mereka termasuk dalam golongan yang rugi kerana azab Allah itu amat menyiksakan .

Isu sebat Kartika sedikit sebanyak membuka mata semua orang tentang indahnya hukum Islam .

Sehingga menghukum pun tidak sampai menyiksakan pesalah .

Mari kita belajar dan dalami indahnya Islam .

SEBAT CARA ISLAM

1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 cm

2. Jika pesalah hamil , hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak .

3. Sebatan tidak boleh kena muka , kepala , perut , dada , atau bahagian sulit .

4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk .

5. Sebatan dengan kekuatan sederhana .

6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala .

7. Tidak melukakan kulit pesalah .

SEBAT CARA SIVIL

1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz .

2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat .

3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja .

4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat .

5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan .

6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus .

7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan .

8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar .

YANG MANA ADIL ?

YANG MANA ZALIM ?

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama  (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar .

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya menutup aurat .

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana , antaranya , bila sebatan dilaksanakan , tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak .

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan .

Sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja .

Dalam Islam , hukuman ini bukan bersifat untuk menyiksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi……

Firman Allah S.W.T  dalam Surah Al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud :

” Wahai orang yang beriman ! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita , maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya) , supaya kamu tidak menimpakan  sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan “




Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: