Utama > Uncategorized > ~ lembaran baru ~

~ lembaran baru ~

Sejuk panas berselang-selang ,

Tunggu orang tak sampai-sampai ,

Tahun baru kian menjelang ,

Sematkan azam untuk digapai .

Time study jangan berangan ,

Ade exam esok petang ,

Yang berlalu menjadi kenangan ,

Buat pengajaran hari mendatang .

Lepas imtihan pegi jaulah ,

Jelajah petra ngan laut mati ,

Teruskan semangat jangan mengalah ,

Hadapi ia cekalkan hati .

BPP lepas ade RATU ,

BA setia ngan Bank Soalan ,

Tajdid niat setiap waktu ,

Tak sia- sia segala amalan .

Kullu am wa antum bikhoir ,

Ucapan mereke di pagi raye ,

Setiap bermule pasti berakhir ,

Hargai selagi mana terdaye .

Kat Mu’tah ramai Kelantan ,

Cam boleh buat parti ,

Niat yang baik  jadi tuntutan ,

Ganjaran pahale bakal menanti .

Musim soifi manjang ngan kipas ,

Musim syita’ sobah  di kiri ,

Ambil iktibar dari yang lepas ,

Tingkatkan prestasi majukan diri .

Gi kuliyah berbaju biru ,

Kopiyah wajib tersemat di dahi ,

Selamat menyambut tahun baru ,

Moge semue dinaung Illahi .

Teringin rase nak masak ikan ,

Sayur tumis ngan lauk kurme ,

Kelebihan yang ade jangan sisihkan ,

Serlahkan ia manfaatkan bersame .


Buat sesuatu mesti bermotif ,

Semua perkare tak terkecuali ,

Berhijrah ke arah yang lebih positif ,

Pimpinan berkualiti seiring ahli .

p/s : salam sume…. gud luck bagi sesape yang exam!!!!!!!!! salam maal hijrah…same2 fighting!!!!!

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: