Utama > Uncategorized > ~ seindah hiasan dunia ~

~ seindah hiasan dunia ~

Ukhuwwah berpadu terase gembira ,

Bila bersatu kerja menjadi ,

Akhlak nan indah terus dipelihara ,

Sahsiah terpuji unggul peribadi .

Insan yang lemah dikeji jangan ,

Sumbangan mereka dinilai juga ,

Pertahan maruah satu perjuangan ,

Kerana dirimu begitu berharga .

Dari Irbid datang bertamu ,

Buatlah macam rumah sendiri ,

Andai hilang sifat malumu ,

Runtuhlah segala harga diri .

Pada yang khirij semoga berjaya ,

Balik ke  Malaysia menabur budi ,

Jadilah seindah hiasan dunia ,

Wanita solehah seanggun serikandi .

Dapat kerja selepas temuduga ,

Gembira sampai buat kenduri ,

Tatkala aurat kurang dijaga ,

Ibarat membuka pekung sendiri .

Habis exam kcb dilayan ,

Filem islamik semua pun tahu ,

Sedarlah wahai muslimah sekalian ,

Musibah yang datang siapalah tahu .

Setiap insan punyai impian ,

Kejarlah cita semoga berjaya ,

Memilih pakaian yang bersesuaian ,

Bersederhana dalam bergaya .

Pergi Umawi membeli burger ,

Duit tiada kenalah berjimat ,

Tidaklah rugi aurat dijaga ,

Malah itulah jalan selamat .

Andai dulu berutus surat ,

Kini di ym bertegur sapa ,

Dalam menjaga batasan aurat ,

Sempadan pergaulan janganlah dilupa .

Bangun pagi hari dah cerah ,

Subuh ditinggal tanggunglah dosanya ,

Maksiat yang kini semakin parah ,

Wanita adalah antara puncanya .

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: