Utama > Uncategorized > ~ sukan wasilah perkukuh ukhuwwah ~

~ sukan wasilah perkukuh ukhuwwah ~

Backdrop Nisa’ Games cukup ceria ,

Gelagat AJK tidak terduga ,

Tidak mengira senior junior ,

Dalam gelanggang beradu tenaga .

Main pingpong hilangkan boring ,

Time rehat makanan disaji ,

Bola tampar dan bola jaring ,

Tiap pasukan punyai strategi .

Ke Solah Askari bersama-sama ,

Setiap Biro ada warnanya ,

Kemenangan bukanlah matlamat utama ,

Ukhuwwah bersama di situ nilainya .

Waktu bermain kenalah beringat ,

Supaya terjamin keselamatannya ,

Yang bertanding cukup bersemangat ,

Para penyokong tidak kurangnya .

Tiada pula lumba basikal ,

Ada sukaneka lari dalam guni ,

Di sini teruji kekuatan fizikal ,

Mantapkan jasmani seiring rohani .

Para penyorak sila bertenang ,

Setia menyokong semenjak pagi ,

Bersorak gembira tatkala menang ,

Pada yang kalah boleh cuba lagi .

Ada masalah rujuk Kak Ida ,

Ajk berkorban bersengkang mata ,

Bazar Nisa’ Games macam-macam ada ,

Bersama menjana kewangan PERMATA .

Lepas Nisa’ Games pergilah jaulah ,

BP promote di sana-sini ,

Sukan sekadar satu wasilah ,

Membentuk generasi sihat jasmani .

Ada masa bergelak ketawa ,

Janganlah sampai berdekah-dekah ,

Terima kasih buat semua ,

Semoga sentiasa dilimpah barakah .

Alhamdulillah selesai semua selamat ,

Buruk dan baik bersama dinilai ,

Sihat adalah suatu nikmat ,

Pinjaman Allah yang tidak ternilai .


Nisa’ Games 09/10

22 & 23 Januari 2010

Solah Askari , Universiti Mu’tah

Solah Riadhi , Universiti Mu’tah

Jabatan Penuntut Malaysia Jordan

Biro Kebudayaan dan Sukan (BKDS) PERMATA 09/10

” Ukhuwwah Terjalin Kesihatan Terjamin ”

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: