Utama > Uncategorized > ~ Moga Al-Quds Bersinar Kembali ~

~ Moga Al-Quds Bersinar Kembali ~

Assalammualaikum semua…

Diharapkan semuanya sihat-sihat dan semoga dipermudahkan segala urusan…. Ameen ya rab….

Dan manfaatkanlah masa cuti yang ada ni dengan sebaiknya….

Kerana setiap detik itu cukup bernilai ertinya…

Ketika kita sedang seronok bercuti fasal di sini….

Dengan leka menonton Filem Ketika Cinta Bertasbih….mungkin…

Ataupun melayan Dragon Ball Evolution ….

dan tidak kurang juga yang syok  buat peta….memang tak dinafikan dengan suhu yang semacam peti sejuk ni ..kita kadang-kala tewas juga di dalam lipatan lihaf seberat 8 kilo buatan Korea….fuh..

Namun di sebalik itu semua…

Sedarkah kita akan saudara semuslim kita di Palestin yang saban hari bermandi darah dalam mempertahankan Masjid Al-Aqsa….?

Hayatilah…”Moga Al-Quds Bersinar Kembali”….

Jagalah budaya pemakanan yang sihat ,

Kalau dah sakit memang kasihan ,

Rela berjuang di medan jihad ,

Hadapi kezaliman dengan ketabahan .

Jalan-jalan hari Selasa ,

Cari halawiyat makanan manis ,

Ketika kita di zon selesa  ,

M ereka menderita angkara zionis .

Buka syarikat pusat asuhan ,

Jangan sekadar berangan semata ,

Siksaan yang berat tiada pilihan ,

Demi pertahan Palestin tercinta .

Cuti fasal pergi merewang ,

Banyak tempat dah jelajahi ,

Gugurnya syahid di medan juang ,

Berkorban kerana cinta Illahi .

Ambil Tilawah menghafaz surah ,

Bangun Subuh jangan terlajak ,

Bumi al-Quds kian berdarah ,

Semakin hari kian diinjak .

Mengimbau kenangan  Hari Kantin ,

Sibuk berniaga Restoran Al-Quds ,

Prihatin akan Isu Palestin ,

Tanggungjawab bersama pertahan al-Quds ,

BE sibuk berjual beli ,

Pandai promote pandai mengayat ,

Semoga Islam bersinar kembali ,

Ayuh bangkitlah ruhul fatayat .

Janganlah sampai tertekan sangat ,

Bantu-membantu bersama berjaya ,

Melontar batu penuh semangat ,

Gelombang syuhada’ menggoncang dunia .

Passing pendrive tunggu di bawah ,

Dapat cerita wajah berseri ,

Marilah bersama mencakna ukhuwwah ,

Zahirkan simpati ikhlas memberi .

Baju Melayu berjalur-jalur ,

Lengkap bersampin songkok nan satu ,

Kepada mereka tangan dihulur ,

Berkah usia dengan membantu .

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: