Utama > Uncategorized > ~ ukhuwwah indah berlandaskan aqidah ~

~ ukhuwwah indah berlandaskan aqidah ~

Assalammualaikum semua…

Alhamdulillah…kerna dengan izinnya serta ilham dari-Nya……post kali ini tertulis lancar…..di samping memanfaatkan cuti fasal yang tinggal beberapa hari sahaja lagi….

Post kali ni bertemakan …..”Ukhuwwah Indah Berlandaskan Aqidah”….:)

Setiap kumpulan ada namanya ,

Promote dengan pelbagai aksi ,

Ukhuwwah sejati hebat nilainya ,

Aqidah yang satu sebagai paksi .

Janganlah sedih team yang kalah ,

Hadiah hamper semuanya sama ,

Janganlah kita berpecah belah ,

Kelak tergadai maruah agama .

MAINS sanggup bagi pinjaman ,

Jangan diboros membeli hiasan ,

Indah ukhuwwah berbekal iman ,

Ingat-mengingati sesama insan .

Negeri Sembilan menghulur dana ,

Bukanlah niat nak tunjuk mewah ,

Walaupun santai cukup bermakna ,

Duduk berkumpul pererat ukhuwwah .

Menjadi mc mendidik berani ,

Kata diatur hilang gementarnya ,

Ukhuwwah itu pemberian rabbani ,

Dari Illahi buat hamba-Nya .

Lemak cili api masakan berkuah ,

Makanlah dulu jangan ke mana ,

Hidupkan bersama ruh ukhuwwah ,

Bermanis muka penyeri suasana .

Ustaz Sulaiman sebagai tetamu ,

Memberi nasihat bukan memblame ,

Mengucap salam tatkala bertemu ,

Perkukuh hubungan sesama muslim .

Mafraq dan Irbid dilayan sama ,

Tahniah pada kumpulan berjaya ,

Masalah yang ada dirungkai bersama ,

Ringankan beban hulurkan idea .

“The Kite Running” filem pilihan ,

Bertemakan ukhuwwah jangan dilupa ,

Bertoleransi dan belas kasihan ,

Tidak mengira darjat dan rupa .


Mari bersama bersihkan hati ,

Mohon sentiasa di jalan yang benar ,

Hikmah kembara mengajar erti ,

Mengenal nilai ukhuwwah sebenar .

Sebelum pergi tak sempat nak makan ,

Sibuk study madah sirah ,

Kemudahan wisma kita manfaatkan ,

Program ilmiah terokai sejarah .

Objektif program tampak berjaya ,

Sehingga petang selesai sudah ,

Ukhuwwah mantap menggoncang dunia ,

Berlandaskan dengan ikatan aqidah .


p/s : Moga Ukhuwwah fillah abadan abada dan tidaklah ianya terputus-putus ibarat elektrik di Mu’tah yang kadang-kadang terblackout terutamanya time2 syita’ ni….ameen ya rabb….

Kuiz Santai & Mengenang Sejarah Islam

30 Januari 2010

Sabtu

9.00 am – 6.00 pm

Wisma Negeri sembilan

“Halawatul Ukhuwwah  Halawatul Maan”

Biro Pembangunan Modal Insan BKMNS

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: