Utama > Uncategorized > ~ memberi hak kepada yang berhak ~

~ memberi hak kepada yang berhak ~

Assalammualaikum semua….

Menurut wikipedia , peguam adalah seorang yang bertindak memberi nasihat atau memberi bantuan guaman kepada pelanggan di samping mempunyai lesen untuk mempraktikkan guaman di sisi undang-undang .

Undang-undang pula merupakan sistem peraturan kelakuan yang ditentukan kerajaan sesuatu tempat untuk mengekalkan kestabilan dan keadilan….

Bagi saya , nilai diri seorang peguam itu dinilai dari segi keadilannya dalam membuat sesuatu keputusan…

Dalam erti kata lain , memberi hak kepada yang berhak….meletakkan sesuatu pada tempatnya……

Kehebatan seseorang yang bertindak adil , cukup besar impaknya serta memberi kesan yang cukup mendalam….

Malah , akan dikenang sepanjang hayat !

Nilai hakiki seorang peguam….”Memberi hak kepada yang berhak”……

Teguran hikmah dalam kiasan ,

Perelok akhlak perindah bia’h ,

Bersifat positif dalam tugasan ,

Cabaran baru di bidang syariah .

Imarah masjid pemilihan bilal ,

Dalam usaha perkasa Islam ,

Kursus Eksekutif Produk Halal ,

Khusus untuk graduan Islam .

Perlu bersedia hadapi tekanan ,

Putus asa jangan sesekali ,

Perubatan Islam dan keusahawanan ,

Aplikasi secara teori dan amali .

Masalah ummah kian bernanah ,

Gejala sosial isu yang basi ,

Andai peguam pecah amanah ,

Hilanglah respect jejas reputasi .

Hujah dilontar berserta bukti ,

Peguam yang adil membela rakyat ,

Profesion guaman yang berintegriti ,

Pulihkan kembali keyakinan rakyat .

Peguam syarie mestilah faqih ,

Wajar contohi ilmuan silam ,

Undang syariah jangan  diperlekeh ,

Usah cemarkan kesyumulan Islam .

Biarlah belajar bersusah payah ,

Demi menegakkan keadilan sejagat ,

Hukuman setimpal dengan jenayah ,

Buat peringatan muslim sejagat .

Di Dewan Muzakarah berpusu-pusu ,

Terlalu banyak gelagat reaksi ,

Hadiri muktamar membincang isu ,

Berpadu tenaga aplikasi resolusi .

Ummat Islam semakin parah ,

Terlalu alpa dek kerakusan ,

Setiap masalah perlukan musyawarah ,

Dibincang bersama kan lebih berkesan .

Usaha banteras golongan keparat ,

Perkukuh iman yang kian kontang ,

Isu kekeluargaan diambil berat ,

Perbaiki warisan generasi mendatang .

Memberi nasihat berhati-hati ,

Terlajak kata mencemar kalam ,

Institusi guaman menambah kualiti ,

Tatkala menjunjung perundangan Islam .


Ceramah Pengajian Undang-undang Lepasan Syariah

Pusat Khidmat Mahasiswa

31 Januari 2010

10.39 pagi






Kategori:Uncategorized
  1. 1 Februari 2010 at 1.32p02

    salam ziarah..
    erm, mmg suke pantun ek?? bagus..berbakat..sume entry ader pantun.. troskan memberi utk manfaat bsama, insya Allah~

    • hikmah kembara
      2 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam……..yup!!……..sangat suka pantun……..tapi biasa2 je……….budak baru belajar……….same2 fighting k!!!!!!……….syukran jiddan sebab sudi ziarah…….

  2. 2 Februari 2010 at 1.32p02

    Salam..
    Syukran kerana ziarah blog saya. Teruskan perjuangan, moga dpt memberi manfaat wlupun sedikit..

    • hikmah kembara
      2 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam……afwan2……syukran juga kerana ziarah……..same2 fighting !!!!!!!!!!!!!!!!………ameen ya rabb…….

  3. :-)
    2 Februari 2010 at 1.32p02

    salam ziarah..salam mahabbah..
    bertemu dan berpisah kita kerana Allah,
    kerana semuanya berlndaskan ukhuwwah fillah,
    semuanya kena jujur serta amanah,
    itulah yang harus ada bg memartabatkan ummah.

    • hikmah kembara
      2 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam….moga ukhuwwah fillah abadan abada walau bersahabat hanya sekadar di alam maya blog…….same2 fighting !!!!!!!!!!!!!!!

  4. 2 Februari 2010 at 1.32p02

    salam ziarah kembali…
    em…mcm xnk jd peguam je

    • hikmah kembara
      2 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam…. kenapa pulak ye cakap macam tu?…… apapun terima kasih kerana sudi ziarah……….

  5. 3 Februari 2010 at 1.32p02

    Salam,
    Bercinta dengan Tuhan,
    Berkasih sayang dengan manusia,
    Hidup menjadi aman,
    Manusia akan bahagia.

    • hikmah kembara
      5 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam kataganti……. syukran kerana sudi ziarah blog ni………

      Cintakan Illahi tidak kan rugi ,
      Kasih manusia hanyalah sementara ,
      Walau ke mana layarmu pergi ,
      Imanlah sebaik pengemudi bahtera ……

  6. 3 Februari 2010 at 1.32p02

    owh….komen tu ditujukan pd diri ini…
    bkn pemilik blog ni….

    • hikmah kembara
      4 Februari 2010 at 1.32p02

      ooo…… yeke……apepun semoge same2 dapat mencapai impian masiing2 ye…… same2 fighting!!!!!!!!!!!!!!!

  7. 4 Februari 2010 at 1.32p02

    salah ziarah…betul la tuh…berikan hak pada mereka yg berhak…tapi hak boleh dinafikan kalau ada yg salah guna kuasa…skdr pendapat

    • hikmah kembara
      4 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam……. terima kasih sebab sudi ziarah……..dan perkongsian pendapat………

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: