Utama > Uncategorized > ~ berdakwah dengan butiran hikmah ~

~ berdakwah dengan butiran hikmah ~

Ramai yang hadir tidak tertampung ,

Duduk berhimpit sampai tersedak ,

Mu’tah bukanlah sebarang kampung ,

Disinilah bersemadi para syuhada’ .

Kajian hadis bersama dicakna ,

Seorang diri tidak tertanggung ,

Dua kalimah sejuta makna ,

Lafaz syahadah ungkapan teragung .

Ambil yang jernih buang yang keruh ,

Berfikiran matang tidak prejudis ,

Kajian dibuat lebih menyeluruh ,

Rasai sentuhan ulama’ hadis .

Semoga istiqamah dan terus thabat ,

Tidak gentar walau dibedil ,

Tatkala ziarah maqam sahabat ,

Terasa diri begitu kerdil .

Kepada belia perlu disaran ,

Ilmu yang ada perlu diperkasa ,

Dalami pengajian binalah kepakaran ,

Tanggung jawab bersama tuntutan semasa .

Ilmu diamal satu persatu ,

Tidaklah binasa kelak ditanya ,

Berdoa selalu tak kira waktu ,

Tanda kebergantungan kita padaNya .

Sungguh tenang di hening pagi ,

Menggamit kenangan di bendang dan sawah ,

Quran Sunnah dijunjung tinggi ,

Wajib tersemat di hati pendakwah .

Kemaskan diri bersiap siaga ,

Teladani sejarah sedalam-dalamnya ,

Sanggup berkorban jiwa dan raga ,

Pendai’e yang hebat di situ nilainya .

Rindu terkenang  adik-beradik ,

Terutama pada adik yang bongsu ,

Masyarakat seolah tidak terdidik ,

Di kala pendakwah yang kian lesu .

Berjumpa dengannya terasa bertuah ,

Kini bersiaran di Tilawah Interaktif ,

Pendekatan kaunseling di dalam dakwah ,

Sangatlah berguna dan cukup efektif .

Motivasi dari Ustaz Farid Ravi

Pusat Khidmat Mahasiswa

7.39 pm

2 Februari 2010

Kategori:Uncategorized
  1. syafinazrazak
    4 Februari 2010 at 1.32p02

    Salam ziarah~

    • hikmah kembara
      4 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam p-nut…….wa… lame tak dengar cite……. rindunye…….. !!!! apepun semoge teruskan perjuangan ye…… same2 fighting!!!!!!!!!!!!!!!!!…….syukran ye sudi ziarah blog kite yg tak seberape ni………

  2. shafifah
    4 Februari 2010 at 1.32p02

    SEMINAR AMALAN TARIQAT NEGERI SELANGOR : http://wp.me/piAx4-17c

    MAJLIS “SETAHUN GAZA DI SERANG” : http://wp.me/piAx4-17j

    MAJLIS BERSAMA AD-DAIE – HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA : http://wp.me/piAx4-179

    Sambutan Maulidurrasul di Masjid al-Falah, USJ9,: http://wp.me/piAx4-16R

    Ini Bida’ah Itu Bida’ah : http://wp.me/piAx4-16Y

    • hikmah kembara
      4 Februari 2010 at 1.32p02

      syukran kerana sudi ziarah……🙂

  3. Ck
    4 Februari 2010 at 1.32p02

    Salam ziarah dik…

    • hikmah kembara
      4 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam….. terima kasih sebab sudi ziarah……..:)

  4. 4 Februari 2010 at 1.32p02

    Salam ziarah kembali.. Nice blog.. Nampaknye suke berpantun ye.. Boleh ambik jadikan contoh2 ayat.. =)
    Apepun, teruskan perjuangan mengutip segala ilmu yang terbentang luas bagi melahirkan generasi yang berwawasan.. Dan berjuang menegakkan agama mulia..
    Moga dipermudahkan segala urusan..

    • hikmah kembara
      4 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam annur……….alhamdulillah…….suke je berpantun…….sebabnya tak pandai sangat nak buat artikel……..sangat kagum pada yang pandai buat artikel……..same2 fighting ye!!!!!……

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: