Utama > Uncategorized > ~ jernihkan kalbu sesuci salju ~

~ jernihkan kalbu sesuci salju ~

Memang seronok bermain salji ,

Ais dikepal dibuat snowman ,

Berpegang teguh dengan janji ,

Berlapang dada tatkala dikomen .

Akhirnya salji turun juga ,

Setelah menunggu sekian lama ,

Ambillah langkah berjaga-jaga ,

Tidaklah mengulang kesalahan yang sama .

Student Muโ€™tah sibuk bergambar ,

Orang Arab tak hairan langsung ,

Mendidik amarah dengan bersabar ,

Suburkan kembali jiwa nan kosong .

Bermain salji di Kampung Iraq ,

Sakan bergambar tak ingat dunia ,

Awan yang mendung laju berarak ,

Bukti kebesaran Yang Maha Kaya .

Indahnya salji hati pun tertawan ,

Waktu dah sampai turunlah terus ,

Hikmah kembara mencari haluan ,

Semoga tetap di jalan yang lurus .

Ada yang penat ditimpa salji ,

Ada yang sampai sakit selesema ,

Masalah yang timbul perlu dikaji ,

Lebih molek dibincang bersama .

Yang senior dah malas nak main ,

Yang junior cukup excited ,

Janganlah dituding pada yang lain ,

Peganglah taklifat penuh committed .

Bermain salji memangla best ,

Cuma sejuknya sampai ke tulang ,

Perlu bersemangat sehingga habis ,

Segunung kejayaan dibawa pulang .

Pergi Jamiโ€™ah berjalan kaki ,

Nak main salji punya pasal ,

Selagi hayat masih berbaki ,

Manfaatkanlah agar tidak menyesal .

Salji yang turun semacam lebat ,

Keluar rumah berhati-hati ,

Bersama memohon jiwa yang thabat ,

Kerna Allah menilai di hati .

Kategori:Uncategorized
  1. 5 Februari 2010 at 1.32p02

    salam
    salam ukhwah, salam ziarah
    wah! unik blog ni, penuh dgn pantun2
    mama memang suka….
    teruskan berkarya yer…

    • hikmah kembara
      5 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam mama moden……terima kasih kerana sudi ziarah…….. sekarang tengah cuti sem……. ada masa….. boleh la berkarya…….. insya ALLAH….

  2. 5 Februari 2010 at 1.32p02

    salam singgah kembali…
    bestnya men salji.. erm.. kena pos mai mesed skit kot.. =P

    • hikmah kembara
      5 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam pu3 balqiss…….yup!!!! best betul kat sini……seronok main salji……….akhirnya terubat juga rindu kat salji……….

  3. 5 Februari 2010 at 1.32p02

    slm faiz~~
    awk kt ne skngg? lama xdenga cite….tahniah la adek awk! mmbuatkn akq bangge skulah situ dulu2. heee๐Ÿ˜„
    stay in touch! ad fesbukkk? add me….

    • hikmah kembara
      5 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam kak maryam……saye kat jordan……alhamdulillah……syukran sudi jenguk blog saye…….take care…… n fighting~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!…..

  4. 5 Februari 2010 at 1.32p02

    Salam kak faiz…
    hehe..
    best la pantun nih..
    thumbs up~~

    • hikmah kembara
      6 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam kinah…….. syukran ye sudi ziarah blog akak……..gud lux kat mesir……. n same2 fighting~!!!!!!!!!!!!๐Ÿ™‚

  5. 5 Februari 2010 at 1.32p02

    salam..hehe..sy xpndai berpuitis cmni..bnyk mngarut adala…mm, nak gak try berpuitis..

    ehem2

    satu dua tiga empat
    lima enam tujuh lapan
    baju dlm baldi bertimbun-timbun
    ntah bila mahu dibasuh

    ehhh…mcm x jadik jek..(sbnrnya bju bnyk x basuh lg,mesin pulak xde..)hehe

    taaruf sket..
    asal mn?umo?
    kat jordan stadi ape?first year eh kat sane?
    kasik sket salji..nak jugak ase…

    • hikmah kembara
      6 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam fresh orange………terima kasih sudi ziarah……

      Berasal dari Negeri Sembilan ,
      Umur dalam 20 tahun ,
      Bidang syaria’h jadi pilihan ,
      Syukur sudah 2 tahun…….

  6. 6 Februari 2010 at 1.32p02

    salam..hmm,menarik cara awak sampaikan mesej..melalui pantun..=)
    mempelbagaikan cara berda’wah..semoga penulisan awak terus bermanfaat untuk orang lain i.Allah

    • hikmah kembara
      6 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam shida………syukran kerana sudi ziarah……. ๐Ÿ™‚

      Setiap insan punyai kelebihan ,
      Manfaatkan ia di jalan dakwah ,
      Pantun sekadar wasilah pilihan ,
      Tingkatkan kembali kelesuan pendakwah……๐Ÿ™‚

      Sama2 fighting !!!!!!!!! ๐Ÿ™‚

  7. 7 Februari 2010 at 1.32p02

    salam ziarah kembali
    nice poem

    • hikmah kembara
      7 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam uranicade……..syukran sudi ziarah…..๐Ÿ™‚

  8. 7 Februari 2010 at 1.32p02

    salam..
    waa..seriously, terpana akak..awak nk citer psl salji pon siap berpantun2.. mmg patut dt anugerah bahasa la.. huhu
    btw, best yer..wat snowlady.. ~
    teruskan berpantun nasihat yer.. keep up ur good seeds!!

    jmp wknd nih, insya Allah..di PERTAMA ^_^

    • hikmah kembara
      7 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam kak ain….. syukran ziarah……. :)…. insya Allah jumpa di PERTAMA……… jemputlah datang rumah saya….. kat teratak Bayt Ridzuan……. :)……Walaupun salji kat sini dah cair…. nak wish…Happy Snowman~!!!!….. :)…..sama2 fighting!!!!!!!!!!!!!!!!!๐Ÿ™‚

  9. 8 Februari 2010 at 1.32p02

    salam ziarah~

    • hikmah kembara
      8 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam hamba kerdil…๐Ÿ™‚
      syukran ye sudi ziarah…..๐Ÿ™‚

  10. 22 Februari 2010 at 1.32p02

    belajar banyak

    • hikmah kembara
      20 Mac 2010 at 1.32p03

      syukran bebanyak kerana sudi ziarah…..๐Ÿ™‚

  11. hanis auni lieyana
    9 Januari 2011 at 1.32p01

    salam kak faiz….
    akak apa kabar?harap sihat..
    saya junior akak wk2 kt pds
    thank 4 da pantun..banyak dpt pengajaran dr c2..
    trskn usaha pelbgi kan dkwh.
    salam ukhuwah,salam ziarah,salam 1 malaysia

    • hikmah kembara
      9 Januari 2011 at 1.32p01

      wsalam dik…..
      akk sihat je…. tq ziarah…..๐Ÿ™‚

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: