Utama > Uncategorized > ~ kesusahan jambatan kemudahan ~

~ kesusahan jambatan kemudahan ~

Tengok result berdebar-debar ,

Moga semua najeh hendaknya ,

Hadapi dugaan dengan sabar ,

Semua ini tanda kasih-Nya .

Dengan berwudhuk wajah kan berseri ,

Selesai solat duduk bersimpuh ,

Jalan taqwa penuh berduriย  ,

Banyak rintangan perlu ditempuh .

Jalani kehidupan susah dan senang ,

Terkadang sedih terkadang ketawa ,

Dengan berzikir hati kan tenang ,

Penghapus dosa pengubat jiwa .

Quran dan sunnah kukuh dipegang ,

Dijadikan hujah tika berbicara ,

Beruntunglah bagi insan yang dagang ,

Walau di dunia ibarat penjara .

Kelebihan yang ada jangan dialpa ,

Amal diperbaiki tingkat ketaatan ,

Fitrah insani yang sering lupa ,

Dugaan musibah sebagai peringatan .

Manfaatkan usia dengan berbakti ,

Hargai segala harta pinjaman ,

Ujian melanda silih-berganti ,

Dalam mencapai halawatul iman .

Alhamdulillah dilafaz tatkala dipuji ,

Segala kepujian dikembalikan padaNya ,

Setiap insan pasti diuji ,

Mengikut kemampuan hamba-hambaNya .

Sesama muslim saling memerlukan ,

Indahnya ukhuwwah manusia hamba ,

Allah itu sentiasa merindukan ,

Suara rintihan dari Sang hamba .

Nafsu dididik maruah terpelihara ,

Janganlah terpadaya walau dengan wang ,

Hikmah kembara menuntut sengsara ,

Itulah adat dalam berjuang .

Binalah keyakinan sehingga berjaya ,

Muhasabah itu perkara yang munasabah ,

Onak berliku di pentas dunia ,

Rintangi dengan segenggam tabah .

Advertisements
Kategori:Uncategorized
  1. 7 Februari 2010 at 1.32p02

    Salam kunjungan dari bumi sakura..
    Da lame x berpantun. Terigt tyme sekolah dl.. hoho

    • hikmah kembara
      8 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam atie….. ๐Ÿ™‚
      arigato gozaimas sebab sudi ziarah……… ๐Ÿ™‚
      Ganbeteneh kudasai ~!!!!!!!!!!!!!!! ๐Ÿ™‚

  2. 9 Februari 2010 at 1.32p02

    salam..
    blog yg unik dan menarik..
    mabruk!
    nak pinjam beberapa rangkap pantun boleh ๐Ÿ™‚

    • hikmah kembara
      9 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam charkoeyteowgirl89…… ๐Ÿ™‚
      sila2…….. ๐Ÿ™‚
      syukran ye sudi ziarah…….. ๐Ÿ™‚

  3. 9 Februari 2010 at 1.32p02

    Salam ziarah kembali. Salam perjuangan..

    • hikmah kembara
      9 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam faridahmaludin……… ๐Ÿ™‚
      syukran ye sudi ziarah……. ๐Ÿ™‚
      Moga terus thabat dalam perjuangan……. ๐Ÿ™‚

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: