Utama > Uncategorized > ~ Meneladani Ibrah Perang Mu’tah ~

~ Meneladani Ibrah Perang Mu’tah ~

Amal ibadah terus dimaintain ,

Panji Islam bersama dijulang ,

Berjuang menentang Rom byzantine ,

Bilangan yang sedikit bukanlah penghalang .

Zaid bin Harithah ketua panglima ,

Namanya terukir di surah al-Ahzab ,

Syahidnya sebagai panglima pertama ,

Tidak kan gentar sekalipun diazab .

Jaafar At-Toyyar panglima kedua ,

Selalu membantu golongan yang miskin ,

Sanggup berjihad bergadai nyawa ,

Contohinya peribadinya dijadikan pemangkin .

Abdullah bin Rawahah pengganti Jaafar ,

Hebat bersyair penuh berseni ,

Lazimkan hati berzikir dan istighfar ,

Penguat jiwa santapan rohani .

Pimpinan diteruskan Khalid Al-Walid ,

Bijak menyusun strategi peperangan ,

Saifullah Al-Maslul gelaran terpalit ,

Bangkitlah wahai penerus perjuangan .

Tentera Islam berjaya diselamatkan ,

Walau diasak pasukan Rom ,

Pihak lawan berjaya dikelirukan ,

Tidak terkejar dek tentera Rom .

Islam kian tersebar luas ,

Berkembang megah serata dunia ,

Walaupun musuh berjaya ditewas ,

Janganlah leka sentiasalah bersedia .

Beruntung rasanya berada di Mu’tah ,

Senang berkunjung ke maqam sahabat ,

Niat yang baik jangan dibantah ,

Bersama menjana generasi yang hebat .

Sungguh mudah melakar kata ,

Rugilah andai sekadar bermadah ,

Berusaha mengota apa yang dikata ,

Awalnya pahit hujungnya indah .

Pertempuran Mu’tah berlaku di Karak ,

Kesyumulan Islam jangan diragui ,

Ruh syuhada’ bersama disemarak ,

Usah tertipu tarikan duniawi .

Tour De Ilmi

9 Februari 2010

Maqam Jaafar Ibn Abi Talib , Mazar

Maqam Zaid Ibn Harithah , Mazar

11.37 am

p/s : Syukran diucapkan buat Kak Ain selaku Mama TDI…. sekalung penghargaan juga buat adik beradik TDI … Kak Akma dan Kak Ida ….dan tidak dilupakan Fifah , Farhana , Maria , Fatimah ….. yang tak dapat bersama untuk TDI kali ini……dan juga jutaan terima kasih buat Zafirah dan Fatimah Khalil yang sudi menemani kami sepanjang berjaulah di maqam…….Semoga Ukhuwwah fillah abadan abada……. Ameen Ya Rabb…….🙂

Kategori:Uncategorized
  1. 10 Februari 2010 at 1.32p02

    Salam ziarah kembali..blog yang unik..Teruskan pengembaraan dalam penulisan. Mudah-mudahan Allah melimpahkan ilham padamu..

  2. hikmah kembara
    19 Februari 2010 at 1.32p02

    wsalam salsabila……… syukran ye sudi ziarah…….🙂

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: