Utama > Uncategorized > ~ mahasiswa teras kepimpinan dua’t ~

~ mahasiswa teras kepimpinan dua’t ~

Malaysia tanah tumpah bertuah ,

Tempat sendiri lagikan terkenang ,

Mahasiswa peka tanggungjawab berdakwah ,

Jalan ditempuh bukanlah senang .

Bina kejayaan kukuhkan organisasi ,

Sikap yang positif penentu kecemerlangan ,

Tingkatkan integriti dan kompetensi ,

Pasakkan niat teruskan perjuangan .

Iklan yang bagus just show don’t tell ,

Cukup terkesan di dalam hati ,

Pertahan yang haq musnahkan yang batil ,

Insafi diri renovate hati .

Mulakan perubahan dari diri ,

Tuding-menuding tiada gunanya ,

Syariat Allah tidak dicalari ,

Patuhi sunnatullah ketetapan dari-Nya .

Dakwah bukan sekadar memberi ,

Tetapi sehingga mencetus mahu ,

Cuba amalkan segala yang dipelajari ,

Tugas berdakwah tergalas di bahu .

Tidak mengira darjat kekayaan ,

Asalkan miliki akhlak  menawan ,

Bersama hargai setiap perbezaan ,

Pandai menguruskannya satu keperluan .

Menuntut ilmu biarlah berguru ,

Elak menyimpang dari ajaran ,

Segala isu lama dan baru ,

Perlu dikuasai penuh kepakaran .

Buatlah perbincangan penuh beradab ,

Kebebasan bersuara ada batasnya ,

Selesai masalah berbincang menghadap ,

Permasalan khilaf kan ada penyelesaiannya .

Ayuh luaskan horizon pemikiran ,

Dalam usaha mengislah diri ,

Mahasiswa perlu menyahut cabaran ,

Wacana dakwah perteguh kendiri .

Pengurusan dakwah kian diperhebat ,

Gaya penyampaian yang mudah difahami ,

Perjuangan Rasulullah tersangatlah hebat ,

Teladani sejarahnya cuba difahami .

Lama menuggu lapar terkulai ,

Sakit menanti usah diterjah ,

Bertindak adil dalam menilai ,

Bebaskan pemikiran dari penjajah .

Mahasiswa teras kepimpinan dua’t ,

Change complicated into simple ,

Tegakkan Islam perkukuh syariat ,

Cegah maksiat banteras couple .

Allah sebagai keutamaan tertinggi ,

Rasai diri hidup bertuhan ,

Membuang masa tersangatlah rugi ,

Yang buta hatinya sangatlah kasihan .

Tetamu berkunjung diajak bermalam ,

Melayan musafir yang dalam persinggahan ,

Bersatu melakar semangat Islam ,

Golongan falsafah pencetus perubahan .

Teruskan berpijak di bumi yang nyata ,

Peraturan adalah panduan keselamatan ,

Saling memerlukan sesama kita ,

Kaji masalah perbaiki pendekatan .

Persidangan Tahunan Mahasiswa SeJordan kali ke-4

(PERTAMA)

12-13 Februari 2010

Dewan Masrah , Universiti Mu’tah , Jordan

” Dakwah dan Realiti Mahasiswa Timur Tengah “

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Ustaz Maszlee Malik

Ustaz Heizal Hezry Omar





Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: