Utama > Uncategorized > ~ usrati jannati ~

~ usrati jannati ~

Emak berkorban tak kira masa ,

Terus berdoa siang dan malam ,

Tidak mudah tuk berputus asa ,

Takkan terbalas kasihmu yang dalam .


Abang Eri sangatlah tegas ,

Cukup  sepadan dengan Kak Umi ,

Anak-anaknya cukuplah cergas ,

Semoga kebahagiaan terus bersemi .


Abang Ipin yang cukup bersemangat ,

Pendorong diri perkukuh motivasi ,

Kak Fiza juga sentiasa diingat ,

Pasangan bahagia secocok serasi .


Kak Nora juga sentiasa dirindu ,

Untaian hikmah yang sering diberi ,

Pendengar setia tawa dan sendu ,

Kakak yang hebat inspirasi diri .


Abang Adi yang sentiasa tenang ,

Sedia membantu adikmu ini ,

Dalam menempuh susah dan senang ,

Hadapi dengan jiwa berani .


Gud luck training untuk Kak Jana ,

Selamat menempuh alam kerjaya ,

Tidak dilupa walau di mana ,

Semoga success terus berjaya .


Abang Udin yang cukup simple ,

Banyak bercakap tetapi caring ,

Prinsip dirinya tak nak bercouple ,

Ym dan Facebook penghilang boring .


Maiza pula semakin matang ,

PLKN diredah dengan tabah ,

Selamat menempuh hari mendatang ,

Carilah ilmu pengalaman bertambah .


Syikin yang unik dan dikasihi ,

Hati di sini tumpang gembira ,

Kejayaan tercipta moga diberkahi ,

Teruskan berjuang mencapai sejahtera .


Saadah ibarat permata berharga ,

Syukurlah dengan segala nikmatNya ,

Pelihara diri hati dijaga ,

Semoga semua dilindung rahmatNya .


Arif kini dah besar panjang ,

Adik yang bongsu memang manja ,

Harapan keluarga menjadi tunjang ,

Alhamdulillah sekian sahaja………….

p/s : tq for stand by me……….. fighting!!!!!!!!!!!!!!!!!!!🙂

Kategori:Uncategorized
  1. 18 Februari 2010 at 1.32p02

    Salam ziarah kembali… ^^

    • hikmah kembara
      18 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam balqis…….🙂
      syukran ye sudi ziarah…….🙂

  2. 19 Februari 2010 at 1.32p02

    Salam Ziarah dik,

    Sungguh indah pantun-pantun kamu. Membuat akk teruja nak menjual pantun..(“,)

    sungguh menarik cara berdakwah,
    diisi dengan kata nan indah,
    mengusik hati pabila membaca,
    teruskan berpantun dan bercerita.

    izinkan akk link kan anda..wslm

    • hikmah kembara
      19 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam kak nur aisyah…….🙂
      syukran ye sudi ziarah…….🙂
      alhamdulillah…… sila2…….🙂

      Salam disambut penuh penghormatan ,
      Sebagai pembuka lembaran ukhuwwah ,
      Di medan blog membina persahabatan ,
      Tanggungjawab bersama perkukuh dakwah .

  3. 19 Februari 2010 at 1.32p02

    salam kunjungan kembali…🙂
    siapa nama?
    tinggal dimana?
    blaja dimana?

    • hikmah kembara
      19 Februari 2010 at 1.32p02

      wsalam norain……🙂

      salam ukhuwwah salam perkenalan ,
      nama diberi nur faiz binti solehan ,
      berasal dari negeri sembilan ,
      Kini menuntut di Mu’tah , Jordan .

      syukran ye sudi ziarah………🙂

  4. Janatul firdaus solehan
    19 Februari 2010 at 1.32p02

    jauh faiz pergi merantau
    mencari ilmu mengenal kehidupan

    semoga berjaya dengan cemerlang.
    keluarga di sini sentiasa doakan

    • hikmah kembara
      19 Februari 2010 at 1.32p02

      tq kak jana……🙂

  5. afifahazam
    2 Mac 2010 at 1.32p03

    🙂

  6. hikmah kembara
    6 Mac 2010 at 1.32p03

    tq fifah….🙂

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: