Utama > Uncategorized > ~ mengasah bakat ke jalan berkat ~

~ mengasah bakat ke jalan berkat ~

Skill berucap perlu diasah ,

Agar tak kelam sinar petahnya ,

Andai tak gemuruh memangla taksah ,

Asalkan pandai kawal debarnya .


Yakin dan tenang cukuplah penting ,

Kawal penonton kuasai suasana ,

Tutur berhikmah usah melenting ,

Kata disusun seceria warna .



Mulakan dengan diri sendiri ,

Berucap sendiri di depan cermin ,

Bijak gunakan kreativiti tersendiri ,

Rakan dan taulan pemberi komen .


Di atas pentas janganlah gabra ,

Bayangkan dewan sunyi dan sepi ,

Beranikan diri lontarkan suara ,

Jangan dok laju kalahkan keretapi .


Andai tiba-tiba terdiam membatu ,

Tarik nafas sebelum berkata

Hujah dihurai satu persatu ,

Perkemas idea berserta fakta ,


Sabarlah dengan reaksi pendengar ,

Anggaplah ia suatu cabaran ,

Ada yang ketawa ada yang ternganga ,

Segala-galanya menguji kesabaran .


Lama bercakap tekak pun kering ,

Air kosong penawar berharga ,

Usaha tawakkal perlu seiring ,

Dalam menggapai natijah bahagia .


Body language yang bersesuaian ,

Di samping menjaga intonasi suara ,

Ikut protokol etika berpakaian ,

Bismillah pembuka lembaran bicara .


Pengucapan awam perlu dikuasai ,

Gaya persembahan diambil cakna ,

Keyakinan diri perlu dibajai ,

Setiap pengalaman tersirat makna .


Seyuman indah penambah seri ,

Kata diatur mengikut masa ,

Di akhir bicara konklusi diberi ,

Segala yang baik dari Yang Esa .



Kategori:Uncategorized
  1. 20 Februari 2010 at 1.32p02

    Salam,mari membuat kebaikan.Jemput baca http://www.faridrashidi.com/

    • hikmah kembara
      20 Mac 2010 at 1.32p03

      wsalam…. syukran jiddan……

  2. atiqah mahassan
    19 Mac 2010 at 1.32p03

    usaha seiring tawakkal dan doa
    jangan pula lupa bila sudah berjaya
    kongsi-kongsilah dengan rakan sekerjaya
    agar pahala mengalir berganda

    kita merancang dia merancang
    tingkatkan diri teruskan berjuang
    sayangku kamu pewaris islam
    tegakkan dalam diri agar manis ia tersulam

    0238am🙂 tetiba rasa nak berpantun jugak,tapi tak pandai pun..
    terimalah ya,saya jual…

    • hikmah kembara
      20 Mac 2010 at 1.32p03

      salam kak tiqah……🙂
      syukran ye sudi ziarah…..🙂

      Sukalah saya menerima komen ,
      Dapat belajar dari salahnya ,
      Doa senjata setiap mukmin ,
      Berjuang berjihad tiada hentinya .

      Manusia perlu bijak merancang ,
      Allah jualah Sebaik Penentu ,
      Masalah ummah yang kian pincang ,
      Ayuh bangkitlah untuk bersatu .
      🙂

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: