Utama > Uncategorized > ~ tahu, sedar , bertindak ~

~ tahu, sedar , bertindak ~

REALITI SEBENAR

Hari ini dunia menyaksikan betapa sesungguhnya sinar ketimuran terutama dalam kalangan pemuda pemudi kian pudar ditelan zaman . Dadah menjadi santapan , arak menjadi minuman , Black Metal menjadi ikutan , maruah menjadi gadaian . Pemuda perosak bangsa , pemudi petualang negara . Budaya Barat kian disanjung , budaya Timur semakin disanggah . Realiti sebenar ini sudah tidak boleh disembunyikan lagi . Keadaannya yang cukup parah dari hari ke hari hanya menuggu masa untuk hancur , lebur  , lantas terkubur bersama jasad yang hanya sekadar Islam pada nama namun hakikatnya cukup memalukan sama sekali .

FAKTOR  UTAMA

Pernahkah kita terfikir mengapakah perkara sebegini menimpa golongan remaja ataupun ada di antara mereka yang masih di bangku sekolah lagi turut terlibat dengan isu kebejatan sosial ini ? Sedarlah bahawa perkara ini adalah gambaran yang bakal kita hadapi tentang masa hadapan tanah air kita sendiri , malah sebenarnya inilah gambaran kedudukan Islam di negara kita yang semakin hari kian sirna serta pudar dek tangan-tangan maksiat yang semakin merobek kesucian Islam itu sendiri . Hal ini semakin berlanjutan kerana mereka tidak menjaga prinsip yang telah ditetapkan oleh Islam itu sendiri iaitu tidak menjaga dari aspek hubungan di antara lelaki dan perempuan . Remaja cukup sinonim dengan arena percubaan . Segala benda ingin dicuba . Ditambah pula dengan gelodak perasaan yang wujud dari dasar hati menyebabkan mereka akhirnya tewas dengan nafsu sendiri . Akibatnya , mereka menjadi ibarat hilang pedoman . Semuanya hanya kerana memeperlekehkan serta tidak menjaga batasan pergaulan sesama muhrim . Hayatilah firman Allah s.w.t di dalam Surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud Dan katakanlah kepada orang-orang yang beriman: ’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah maha mengetahui terhadap apa yang mereka lakukan” .

PENAWAR

Cinta sesama insan merupakan satu fitrah yang tidak boleh dinafikan . Menyingkap kembali sejarah Nabi Adam a.s yang turut menginginkan perhiasan dunia buat penyeri dalam menjalani kehidupan sehari-hari . Namun begitu kita harus sedar bahawa cinta yang berlandaskan nafsu ini harus dikawal serta disandarkan pada tempatnya  yang sebenar . Dalam erti kata lain berlaku adil terhadap hati itu sendiri . Sesungguhnya penawar bagi dua insan yang bercinta adalah pernikahan . Namun begitu , pernikahan juga bakal bertukar menajadi racun andai kedua-dua pasangan masih belum bersedia untuk berhadapan dengan realiti  alam rumah tangga yang sebenar yang sememangnya penuh dengan gelombang dugaan yang maha hebat .

PERHUBUNGAN YANG DIREDHAI

Dalam menjalani kehidupan sehari-hari , manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan . Bersamalah kita bermuhasabah diri serta berusaha dalam menggapai redha Illahi . Perhubungan sebelum perkahwinan yang tidak berlandaskan syariat hanya bakal mengundang kemurkaan Allah . Dalam dunia ini ramai sahaja manusia yang TAHU , namun tidak semua dari kalangan yang TAHU itu SEDAR , dan amatlah sedikit dari kalangan yang SEDAR itu BERTINDAK . Nilai sebenar adalah terletak pada sejauh mana kita berjaya untuk BERTINDAK . Semoga kita semua tergolong dalam kalangan mereka yang BERTINDAK itu ..

[43] Al-An’am
Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.

[24] An-Naml
“Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, –

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: