Utama > Uncategorized > ~ nama juga doa ~

~ nama juga doa ~

 

AGAMA Islam menganjurkan untuk memberi nama yang baik kepada setiap orang. Ini kerana, nama dapat memberi pengaruh bukan saja kepada jiwa orang yang diberi nama, bahkan kepada orang lain.
Allah secara tegas menyatakan dalam al-Quran yang bermaksud: Janganlah kamu saling memanggil menggunakan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan buruk sesudah beriman. (Surah al-Hujurat ayat 11)

Imam al-Bukhari dalam kitabnya Tarikh al-Kabir, menyatakan bahawa Imam Ahmad Harits berkata: “Imam Abu Qatadah asy Syami menceritakan kepada kami. Dia berkata, Abdullah Jarrad pernah menceritakan kepada kami, katanya bahawa ada seorang daripada Muzainah menemaniku.

Lalu kami mendatangi Rasulullah SAW, dia berkata:

“Wahai Rasulullah, saya mendapat seorang anak. Nama apakah yang terbaik untuknya?” Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya nama paling baik bagi kamu semua adalah Harith dan Hammam. Nama paling bagus adalah Abdullah dan Abdurrahman. Berilah nama para Nabi dan jangan memberi nama dengan nama para Malaikat.”

Sebuah hadis riwayat Abu Daud daripada Abu ad Darda’ r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya pada hari kiamat, kamu sekalian akan dipanggil dengan nama kamu dan nama ayah kamu. Oleh kerana itu, buatlah nama kamu yang baik.”

Dalam satu peristiwa, ketika berlaku perundingan Hudaibiyah, utusan kaum musyrik silih berganti berunding dengan Nabi SAW, namun menemui kegagalan. Tetapi ketika Suhail Amr memimpin rombongan kaum musyrik, Nabi SAW bersabda: “Sudah dimudahkan (perundingan) sekalian kamu.”

Hal ini kerana, perkataan Suhail itu bererti mudah. Bahkan tidaklah berlebihan jika mengatakan nama adalah doa kepada empunya nama. Ali Abi Talib r.a pernah bermaksud hendak menamakan nama beliau ‘Harb’, namun Baginda SAW tidak bersetuju. Kemudian ia di beri nama Hasan yang bererti baik.

Bagaimanapun, tidak bererti nama mesti diambil dalam bahasa Arab semata-mata. Bukankah ada nama berasal dalam bahasa Arab juga ada yang buruk. Setiap nama dari setiap bangsa dan bahasa ada mengandungi nama baik.

Justeru, sekiranya nama yang dimiliki itu sememangnya mengandungi makna yang baik walaupun ia bukan daripada bahasa Arab, maka tidak ada kewajipan dalam agama untuk menggantikan nama berkenaan.

Dengan kata lain, tidaklah berdosa mempertahankan nama lama sekiranya ia membawa makna yang baik. Ramai sahabat Nabi yang mempertahankan nama mereka yang mereka gunakan sebelum datangnya Islam termasuk nama yang bukan diambil dari bahasa Arab.

Namun, sekiranya nama sememangnya mengandungi nama yang buruk, nama tokoh yang masyhur kejahatannya, maka hendaklah diganti.

Sememangnya Nabi SAW menganjurkan umatnya supaya menampilkan identiti sebagai Muslim sejati, baik dari segi akhlak mahupun nama. Sebagai contoh juara tinju dunia, Mike Tyson selepas memeluk Islam menukar namanya kepada Malik Abd Aziz. Wallahua’lam.

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: