Utama > Uncategorized > ~ perkukuh hubungan ~

~ perkukuh hubungan ~

 

 

 

MENYAMBUNG dan mengeratkan tali persaudaraan ataupun silaturahim sesama Islam amatlah dituntut. Justeru, memutuskan tali persaudaraan Islam lebih-lebih lagi sesama kaum kerabat dan sanak saudara sangatlah ditegah oleh Islam yang amat mementingkan perpaduan dan kesepakatan.

Perpecahan sama ada yang disebabkan oleh perbezaan ideologi, aliran pemikiran, mazhab fikah, kecenderungan politik, merebut harta pusaka, persaingan kedudukan dan projek dan seumpamanya tidak sepatutnya berlaku di kalangan umat Islam yang sama pegangan akidahnya serta benar-benar berpegang teguh dengan ajaran agamanya. Sebagai contoh, ada di kalangan sanak saudara yang tidak bertegur sapa kerana perebutan harta pusaka. Ada juga hubungan rosak disebabkan fitnah sesama sendiri, dengki-mendengki menyebabkan sebuah unit keluarga dalam masyarakat menjadi goyah lantas melemahkan kesatuan ummah.

Kelebihan dan fadilat menyambungkan silaturahim sudah disebut banyak sekali di dalam Islam sebagai galakan kepada umatnya supaya mengambil berat dengan perkara ini. Antaranya dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin dipermudahkan rezekinya dan ditangguhkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), maka hendaklah dia menyambungkan tali persaudaraan (silaturahim). Hadis riwayat Bukhari (10/429) dan Muslim (16/114) Abdullah bin Mas’ud RA pula meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Silaturahim itu akan menambahkan umur”. Hadis ini dinilai sebagai hasan oleh Imam al-Suyuti dalam al-Jami’ al-Saghir (5002) dan al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ (3766), manakala Ummul Mu’minin ‘Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Silaturahim dan berakhlak mulia dapat memakmurkan negeri dan menambahkan umur”. Hadis riwayat Abu Daud (13/154) dan dinilai sebagai sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami’ (No. 1932).

Menyambungkan silaturahim adalah akhlak mulia sangat digalakkan Islam disebabkan kepentingannya yang besar terhadap kekuatan dan kestabilan umat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim (hubungan kekeluargaan).” (Hadis riwayat Muslim).

Allah SWT menegaskan kepentingan menjaga hubungan sesama Muslim dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (ketika jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara, dan kamu dulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu ketika jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu daripada neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah al-Imran: 103)
Menyambungkan silaturahim sangat mudah dilakukan. Antara cara ialah dengan memberikan senyuman dan memberikan ucapan salam ketika bertemu. Ibn ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sambungkanlah hubungan kekeluargaanmu walaupun hanya dengan ucapan salam”. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabarani dan al-Baihaqi serta dinilai sebagai hasan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ (No. 2838).
Selain itu, hubungan silaturahim boleh dipulihkan dan dieratkan melalui perbincangan dan musyawarah, solat berjemaah di masjid dan surau, majlis ilmu, ceramah agama dan tazkirah, tolong-menolong antara satu sama lain, semangat gotong-royong, majlis perjumpaan dan jamuan hari keluarga, kenduri-kendara, aktiviti riadah dan sukan, saling mendoakan dengan kebaikan di antara satu sama lain dan sebagainya. Bagi yang jauh, berutus surat dan menggunakan teknologi seperti telefon, SMS, ‘chatting’, laman web sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya boleh menjadi antara wadah mengeratkan silaturahim sesama kaum keluarga dan sahabat handai. Namun begitu, ziarah-menziarahi adalah cara yang lebih afdal dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan ini.

Rutin kehidupan seharian ketat pada masa kini menyebabkan sesetengah daripada kita mengabaikan hubungan silaturahim sesama keluarga, sanak saudara, sahabat handai mahupun jiran tetangga. Gejala negatif ini perlu dirawat dan dibendung bagi mengelakkan umat Islam khasnya di negara ini hidup dalam ‘kepompongnya’ sendiri tanpa mengambil kira kepentingan hubungkan silaturahim yang amat dituntut oleh agama.

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: