Utama > Uncategorized > ~ sedekah membawa barakah ~

~ sedekah membawa barakah ~

AMALAN bersedekah amat digalakkan Islam, justeru ia mendatangkan manfaat tidak terkira banyaknya kepada orang yang bersedekah dan pihak yang menerima sedekah. Pihak yang menerima pula tidak harus berasa rendah diri kerana itu memang haknya selayaknya diterima seperti ditetapkan Islam.

Amalan ini bukan saja dapat menyucikan harta daripada bahagian yang ditetapkan dalam nisab dan haul zakat, malah dapat mendekatkan diri orang yang bersedekah dengan lebihan hartanya daripada sifat kedekut, bakhil, tamak, terlalu sayangkan harta dan merapatkan hubungan persaudaraan ummah secara umumnya. Sedekah ikhlas kerana Allah SWT akan mengalir manfaatnya secara berterusan dan membawa keberkatan selama hidupnya di dunia. Allah SWT menegaskan harta disedekahkan bukan kerugian kepada pemiliknya kerana akan digantikan dengan yang lebih baik. Firman-Nya bermaksud: “Dan apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah, maka Dia pasti menggantikannya. Dan Dia-lah sebaik-baik pemberi rezeki.” ( Surah Saba, ayat 39) Menurut Ibrahim bin Muhammad ad-Dabi’i dalam kitabnya, al-Sadaqat wa Atharuha ’ala al-Fard wa al-Mujtama’ (1988), sedekah berasal daripada perkataan al-sidq yang bermaksud jujur dalam perkataan dan perbuatan. Justeru, amalan bersedekah mesti lahir daripada hati yang yakin akan janji Allah, serta dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.”

Zakat juga dikategorikan sebagai sedekah yang wajib. Menurut Imam al-Asfahani pula dalam kitabnya, Mufradat Alfaz al-Qur’an, sedekah adalah harta yang dikeluarkan seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Memberikan sedekah hukumnya adalah sunat, manakala membayar zakat hukumnya wajib. Namun begitu, zakat yang ditunaikan kepada golongan yang berhak menerimanya juga dapat dikategorikan sebagai sedekah jika diniatkan dengan betul.

Dalam surah al-Taubah ayat 80, Allah SWT menjelaskan lapan golongan berhak menerima zakat iaitu golongan al-fuqara (fakir), al-masakin (miskin), al-amilin alaiha (amil), al-mualafat qulubuhum (yang baru memeluk Islam), al-Riqab (hamba yang tidak mampu memerdekan diri), al-Gharimun (golongan berhutang yang tidak mampu membayarnya), fisabilillah (di jalan Allah iaitu segala keperluan masyarakat seperti pembiayaan perubatan, pendidikan dan memerlukan) dan Ibn al-Sabil (musafir dalam perjalanan, yang dalam kesempitan dan kesusahan).
Alangkah indahnya ajaran Islam yang mewajibkan umatnya menunaikan sedekah yang wajib (zakat) dan sedekah yang sunat. Namun amalan ini mestilah dihindarkan daripada perasaan menunjuk-nunjuk (riak), bangga diri (ujub), takbur dan mengungkit kerana ia akan menghapuskan pahala diperoleh, ibarat mencurah air ke daun keladi. Ketika masyarakat kita dihimpit kenaikan kos sara hidup seharian yang membebankan, maka seharusnya golongan yang diberikan lebihan rezeki dan nikmat oleh Allah SWT berasa terpanggil untuk meringankan kesempitan dialami oleh orang lain.

Ingatlah harta yang dimiliki bukanlah hak milik mutlak sendiri semata-mata dan kesemuanya pasti ditanya Allah SWT di Mahsyar nanti mengenai bagaimana cara pemerolehan dan perbelanjaannya. Tanggungjawab sosial ini juga harus disedari pertubuhan, organisasi, yayasan serta pihak berkaitan dalam kerajaan untuk berikhtiar meringankan beban masyarakat kurang berkemampuan.

Antara fadilat bersedekah disebutkan Anas bin Malik RA: “Sesungguhnya sedekah itu memadamkan kemurkaan Allah (SWT), dan menghindarkan (orang bersedekah) daripada kematian yang buruk (su’ al-khatimah)”.

Hadis ini diriwayatkan Imam al-Tirmizi. Ibn al-Qayyim berkata bahawa Baginda Nabi SAW adalah seorang yang paling banyak bersedekah,AMALAN bersedekah amat digalakkan Islam, justeru ia mendatangkan manfaat tidak terkira banyaknya kepada orang yang bersedekah dan pihak yang menerima sedekah. Pihak yang menerima pula tidak harus berasa rendah diri kerana itu memang haknya selayaknya diterima seperti ditetapkan Islam.

Amalan ini bukan saja dapat menyucikan harta daripada bahagian yang ditetapkan dalam nisab dan haul zakat, malah dapat mendekatkan diri orang yang bersedekah dengan lebihan hartanya daripada sifat kedekut, bakhil, tamak, terlalu sayangkan harta dan merapatkan hubungan persaudaraan ummah secara umumnya. Sedekah ikhlas kerana Allah SWT akan mengalir manfaatnya secara berterusan dan membawa keberkatan selama hidupnya di dunia.

Allah SWT menegaskan harta disedekahkan bukan kerugian kepada pemiliknya kerana akan digantikan dengan yang lebih baik. Firman-Nya bermaksud: “Dan apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah, maka Dia pasti menggantikannya. Dan Dia-lah sebaik-baik pemberi rezeki.” ( Surah Saba, ayat 39) Menurut Ibrahim bin Muhammad ad-Dabi’i dalam kitabnya, al-Sadaqat wa Atharuha ’ala al-Fard wa al-Mujtama’ (1988), sedekah berasal daripada perkataan al-sidq yang bermaksud jujur dalam perkataan dan perbuatan. Justeru, amalan bersedekah mesti lahir daripada hati yang yakin akan janji Allah, serta dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.”

Zakat juga dikategorikan sebagai sedekah yang wajib. Menurut Imam al-Asfahani pula dalam kitabnya, Mufradat Alfaz al-Qur’an, sedekah adalah harta yang dikeluarkan seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Memberikan sedekah hukumnya adalah sunat, manakala membayar zakat hukumnya wajib. Namun begitu, zakat yang ditunaikan kepada golongan yang berhak menerimanya juga dapat dikategorikan sebagai sedekah jika diniatkan dengan betul.

Dalam surah al-Taubah ayat 80, Allah SWT menjelaskan lapan golongan berhak menerima zakat iaitu golongan al-fuqara (fakir), al-masakin (miskin), al-amilin alaiha (amil), al-mualafat qulubuhum (yang baru memeluk Islam), al-Riqab (hamba yang tidak mampu memerdekan diri), al-Gharimun (golongan berhutang yang tidak mampu membayarnya), fisabilillah (di jalan Allah iaitu segala keperluan masyarakat seperti pembiayaan perubatan, pendidikan dan memerlukan) dan Ibn al-Sabil (musafir dalam perjalanan, yang dalam kesempitan dan kesusahan).
Alangkah indahnya ajaran Islam yang mewajibkan umatnya menunaikan sedekah yang wajib (zakat) dan sedekah yang sunat. Namun amalan ini mestilah dihindarkan daripada perasaan menunjuk-nunjuk (riak), bangga diri (ujub), takbur dan mengungkit kerana ia akan menghapuskan pahala diperoleh, ibarat mencurah air ke daun keladi. Ketika masyarakat kita dihimpit kenaikan kos sara hidup seharian yang membebankan, maka seharusnya golongan yang diberikan lebihan rezeki dan nikmat oleh Allah SWT berasa terpanggil untuk meringankan kesempitan dialami oleh orang lain. Ingatlah harta yang dimiliki bukanlah hak milik mutlak sendiri semata-mata dan kesemuanya pasti ditanya Allah SWT di Mahsyar nanti mengenai bagaimana cara pemerolehan dan perbelanjaannya. Tanggungjawab sosial ini juga harus disedari pertubuhan, organisasi, yayasan serta pihak berkaitan dalam kerajaan untuk berikhtiar meringankan beban masyarakat kurang berkemampuan.

Antara fadilat bersedekah disebutkan Anas bin Malik RA: “Sesungguhnya sedekah itu memadamkan kemurkaan Allah (SWT), dan menghindarkan (orang bersedekah) daripada kematian yang buruk (su’ al-khatimah)”.

Hadis ini diriwayatkan Imam al-Tirmizi. Ibn al-Qayyim berkata bahawa Baginda Nabi SAW adalah seorang yang paling banyak bersedekah, tidak kira dalam keadaannya hartanya banyak ataupun sedikit, serta tidak pernah berasa khuatir akan jatuh miskin kerana bersedekah.

Maka, seharusnya kita mencontohi akhlak dan amalan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Bantulah mereka yang memerlukan sekadar termampu dengan harta, tenaga dan apa juga cara yang boleh memberikan manfaat kepada penerimanya.

tidak kira dalam keadaannya hartanya banyak ataupun sedikit, serta tidak pernah berasa khuatir akan jatuh miskin kerana bersedekah.

Maka, seharusnya kita mencontohi akhlak dan amalan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Bantulah mereka yang memerlukan sekadar termampu dengan harta, tenaga dan apa juga cara yang boleh memberikan manfaat kepada penerimanya.

Kategori:Uncategorized
  1. hikmah kembara
    16 September 2011 at 1.32p09

    tq sudi ziarah..🙂

  1. 15 September 2011 at 1.32p09

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: