Utama > Uncategorized > ~ pertikaian fatwa : perlukah? ~

~ pertikaian fatwa : perlukah? ~

 

SEKALI lagi polemik mengenai isu membabitkan Islam timbul, berhubung Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengharamkan tarian poco-poco di negeri terbabit. Susulan itu, pelbagai pendapat diberikan secara terbuka, seperti sebelum ini berlaku dalam isu pengharaman modul dan program ESQ oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Pandangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berbeza apabila menyatakan tarian poco-poco boleh diamalkan umat Islam selagi tidak melanggar hukum syarak, mencampurkan unsur agama lain dan pemujaan. Katanya, berdasarkan pemerhatian beliau, tarian poco-poco di negeri lain termasuk di Selangor tidak mengandungi unsur bertentangan dengan Islam dan dilakukan oleh golongan berusia sebagai bentuk senaman untuk kesihatan seperti senamrobik. Pandangan ini senada dengan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berpandangan tarian poco-poco tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam. Kata beliau, jika setakat tarian kesihatan tanpa sebarang kepercayaan salah atau dicampuri perbuatan seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mahu semua pihak tidak mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak. Menurutnya, keputusan jawatankuasa itu mengharamkan tarian poco-poco adalah sah dan ia dibuat berdasarkan kajian dan pemerhatian.

Jelas Jamil Khir, jawatankuasa itu mempunyai autoriti yang sah untuk mengeluarkan fatwa jika dirasakan sesuai termasuk mengharamkan tarian poco-poco.

Saya bukan mahu mengulas berkenaan haram atau tidak tarian poco-poco itu. Biarlah kita serahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk menentukannya.

Saya yakin keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak bukan dibuat sesuka hati atau berasaskan logik akal semata-mata, tetapi selepas melakukan kajian mendalam mengenai pelbagai aspek tarian itu daripada sudut hukum syarak, serta kesannya kepada akidah umat Islam di negeri berkenaan.
Tambahan pula, Jawatankuasa Fatwa terbabit bukan dianggotai oleh Mufti seorang saja, tetapi turut dianggotai oleh Timbalan Mufti, dua wakil Majlis Agama Islam Perak yang arif dalam hukum syarak, seorang pegawai Jabatan Agama Islam Perak dan beberapa orang yang layak dan arif dalam hukum syarak yang dilantik oleh Majlis.

Pada ruangan ini, saya melahirkan sedikit rasa terkilan dan kesal, kerana keputusan jawatankuasa fatwa ini diperbahaskan dan diperbesarkan yang mana ulama, ahli politik dan pihak yang tiada latar belakang agama juga memberikan pendapat secara terbuka.

Pendapat yang diberikan pula berbeza-beza, malah ada yang mempertikaikan keputusan terbabit. Keadaan ini ibarat membuka pekung di dada, menonjolkan kelemahan umat Islam tidak bersatu hati dan tidak bulat kata, terutama pada pandangan masyarakat bukan Islam negara ini.

Walaupun perbezaan pendapat digalakkan dalam Islam, membahaskan persoalan agama secara terbuka bukanlah suatu yang baik untuk masyarakat. Apa salahnya orang politik dan ulama ini membincangkannya secara tertutup jika tidak berpuas hati dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, daripada memberikan sebarang komen terbuka.

Pemimpin politik dan pihak yang tidak mempunyai latar belakang agama juga tidak perlu memberi komen secara terbuka, sebaliknya serah kepada mereka yang arif dalam bidang terbabit. Saidina Umar pernah berkata: “Tiga perkara yang merobohkan agama, kesalahan seorang alim, debat orang munafik dengan al-Quran dan imam yang menyesatkan.”

Tambahan pula, keputusan jawatankuasa masih belum difatwakan sebagai fatwa negeri. Tidak perlu dibahaskan secara terbuka.

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: