Utama > Uncategorized > ~ sayang menantu , kasihi mentua ~

~ sayang menantu , kasihi mentua ~

 

SELESAI saja majlis akad nikah, setiap pasangan tanpa disedari sudah menambahkan ahli baru dalam kehidupan indah mereka iaitu mentua. Manakala, di pihak mentua pula dengan senyum semanis kurma menyambut mesra kehadiran menantu mereka.

Islam meletakkan status dan kedudukan yang tinggi terhadap kedua ibu bapa termasuk mentua. Tanggungjawab itu tidak boleh diabaikan menantu, terutamanya menantu lelaki. Mengabaikan tanggungjawab terhadap mentua bagaikan mengabaikan ibu bapa sendiri.

 

Ajaran Islam dengan jelas menyatakan kita tidak akan terbatal wuduk dengan mentua. Rasulullah SAW ada menyatakan kedudukan mentua melalui sabda Baginda yang bermaksud: “Ibu mentua kedudukannya adalah sebagai ibu,” ( Riwayat At-Tirmidzi dan Ahmad).

Taraf dan penghormatan terhadap mentua sama seperti ibu bapa sendiri.
Sememangnya ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kepada mereka atas sifat sebagai menantunya. Selagi ditanam perasaan asing dalam pemikiran dengan menganggap mentua ibu bapa kelas kedua, maka selagi itu ruang terbuka untuk menanam rasa curiga dan irihati sentiasa ada.

Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap mentua. Jika tanggungjawab itu diabaikan pastinya isteri menjadi tidak selesa bila ibu bapanya diabaikan suami.

Tegasnya, kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua adalah sama kedudukannya. Tidak akan rugi apa-apa seandainya kita berbuat baik kepada mereka. Pepatah Arab ada menyebut yang bermaksud: “Buat baik kepada manusia nescaya kamu dapat mengabdikan hati mereka.”
Bagi pasangan, permasalahan hubungan antara menantu dan mentua kerap menjadi punca timbulnya konflik suami dan isteri. Meskipun pada zaman ini sudah banyak pasangan tidak tinggal serumah dengan mentua, namun bukan bererti masalah menantu dan mentua sudah berakhir.

Ada sesetengah menantu dan mentua terpaksa adakan gencatan senjata berpunca daripada perang dingin yang berpanjangan.

Mutakhir ini semakin ramai yang salah tanggap mengenai tanggungjawab sebenar seorang menantu terhadap mentuanya. Manifestasi itu membawa kepada rasa kurang hormat terhadap mentua. Sedangkan, agama menuntut agar mereka wajib di hormati seperti penghormatan terhadap ibu bapa kita sendiri.

Tambahan pula di kala usia tua mereka yang memerlukan penjagaan kita. Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. “Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam peliharaan mu, sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” (Surah Al-Israa’: 23-24).

Apabila wujudnya rasa kurang rasa hormat dan menurunnya nilai tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan, perasaan dukacita terpancar di hati mereka. Menantu lelaki terutamanya mempunyai tanggungjawab berat terhadap mentua berbeza dengan menantu perempuan.

Jika seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang perlu dihormati dan ditaati selepas Allah dan Rasul, bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mentua, mereka wajib menghormati ibu mentua lalu diikuti dengan bapa mentua.

Perasaan kasih sebagai anak sendiri mesti ditanam kukuh dalam jiwa dan perasaan setiap mentua terhadap menantunya. Memberi layanan kelas kedua terhadap menantu akan mengheret dilema kebencian menantu kepada mentuanya secara berterusan. Ditokok tambah dengan masalah kecil yang dicantumkan untuk mempertahankan rasa permusuhan itu.

Jika ada masalah timbul membabitkan mentua dan menantu, terutama dalam tempoh penyesuaian cara hidup baru maka perbincangan secara keluarga perlu dihidupkan.
Mentua sebagai orang lama yang banyak merasai asam garam kehidupan hendaklah bertindak matang sesuai status dan kedudukannya, tanpa menggunapakai kuasa mutlak dalam apa juga tindakan .

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: