Utama > Uncategorized > ~ ujian mematangkan usia ~

~ ujian mematangkan usia ~

 

PERBUATAN membunuh diri atas apa sebab sekalipun adalah terkutuk. Ia mencerminkan kekecewaan serta kegagalan seseorang berhadapan ujian dan dugaan hidup yang datang daripada Allah.

Kehidupan dan kematian seseorang anak Adam itu terletak pada kekuasaan Allah. Jangan sesekali kita mempunyai niat membunuh diri meskipun berhadapan penderitaan atau menanggung kesakitan yang amat berat.

 

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh dirimu kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepada dirimu.” (Surah An-Nisa, ayat 29) Islam sebagai agama syumul bertunjangkan akidah kepercayaan terhadap qada dan qadar Allah. Islam menolak budaya membunuh diri sebagai satu jalan pintas menyelesaikan beban masalah dalam hidup.
Islam melaknat orang yang mati disebabkan membunuh diri kerana ia termasuk dalam dosa besar. Rasulullah SAW sendiri dalam satu riwayat enggan menyembahyangkan jenazah seorang lelaki Muslim yang mati membunuh diri menggunakan anak panah.

Daripada Jabir Bin Samurah, katanya, “Didatangkan kepada Rasulullah SAW satu jenazah seorang pemuda yang mati dengan cara memanahkan dirinya sendiri, lalu Baginda tidak menyembahyangkan jenazah itu.” (Hadis riwayat Muslim)

Menurut Imam Nawawi, Rasulullah SAW tidak menyembahyangkan mayat lelaki ini kerana Islam menegah umatnya melakukan perbuatan mungkar supaya menjadi pengajaran dan iktibar kepada orang lain untuk tidak mengulangi dosa besar yang dilaknat Allah.
Namun, sebagai manusia biasa yang melalui fitrah kehidupan sudah pasti tidak dapat mengelak daripada berhadapan penyakit memudaratkan. Justeru, antara doa diajar Rasulullah SAW: “Ya Allah, hidupkanlah aku selama kehidupan itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku jika itu lebih mulia bagiku.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam satu kajian dijalankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini mendapati kebanyakan mangsa membunuh diri terdiri daripada kalangan belia dan remaja berumur bawah 30 tahun.

Antara sebabnya, tekanan apabila ibu bapa meletakkan harapan tinggi terhadap anak dalam pendidikan hingga ada yang mengundang padah apabila anak gagal mencapai kehendak ibu bapa lalu berdepan tekanan hingga mendorong kepada tindakan tidak sepatutnya.

Selain itu, penghayatan agama memainkan peranan penting tatkala anak berdepan segala kesulitan atau tekanan emosi. Rasulullah SAW mengingatkan supaya memperbanyakkan membaca al-Quran untuk menghilangkan keresahan atau resah gelisah.

Justeru, hindari diri daripada keinginan untuk membunuh diri kerana Allah membukakan jalan yang luas bagi umatnya berusaha dan berikhtiar dengan kekuatan fizikal serta keampuhan mental demi membina kehidupan lebih baik.

Andai segala usaha sudah dilakukan dengan bersungguh, berlapang dada serta bertawakal kepada Allah kerana Allah tempat kita mengadu dan memohon segala pertolongan.

Ketika berdepan masalah serta jiwa resah atau tidak tenteram, Rasulullah SAW mengajar kita mengamalkan bacaan surah antaranya surah An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas dan Al-Kafirun

Yakinlah, di sebalik musibah dan bencana yang Allah turunkan seperti penyakit, bencana alam dan kemunduran hidup, sebenarnya mempunyai hikmah tersendiri. Allah ingin menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran kita ketika berhadapan ujian di dunia ini .

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: