Utama > Uncategorized > ~ pimpinan & ketaatan ~

~ pimpinan & ketaatan ~

DALAM peperangan, sama ada yang melibatkan senjata mahupun perang dingin, terdapat pelbagai teknik atau taktik untuk mengalahkan pihak musuh.

Salah satunya mengisytiharkan mana-mana pemimpin terutamanya ketua panglima perang di pihak lawan kononnya berjaya dibunuh atau mati dalam pertempuran.

Taktik ini seperti ini tidak lebih seperti satu perang psikologi bagi meruntuhkan semangat juang para pengikut dan bala tentera yang dipimpin.

Sudah tentunya kaedah ini adalah cara yang paling mudah menjadikan pihak lawan lemah dan tidak lagi berdaya untuk melawan dan seterusnya mudah pula untuk ditawan. Ia ibarat anak ayam kehilangan ibu.

Kaedah seperti ini terjadi dalam Perang Uhud, iaitu apabila Rasulullah dikatakan mati dibunuh. Ia bagi melumpuhkan kekuatan tentera Islam yang dikatakan mempunyai kekuatan persis 30,000 tentera walaupun sebenarnya hanya 700 orang.

Benar, sebelum tersebar berita kononnya Rasulullah berjaya dibunuh, dengan jumlah yang hanya 700 tentera itu, mereka menguasai medan perang.

Tentera Islam menghampiri puncak kemenangan dalam perang itu apabila pihak musuh tidak lagi berani mendekati apatah lagi memegang dan mengibarkan bendera pasukan mereka.

Bendera terbiar di atas tanah kerana ramai yang cuba mempertahankan bendera itu, akhirnya dibunuh.

Begitulah adat dalam peperangan apabila bendera menjadi simbol untuk dipertahankan dan andai bendera itu akhirnya terkapar di tanah bermakna tuan punya bendera, telah kalah. Perang sudah boleh ditamatkan dan kemenangan sudah boleh diisytiharkan.

Maka ramailah tentera Quraisy yang mundur dan melarikan diri. Mereka melupakan sama sekali niat sebelum ini untuk membalas dendam atas kekalahan mereka di Perang Badar.

Abdullah bin Zubair meriwayatkan daripada ayahnya, Zubair bin Awwam: “Demi Allah SWT, ketika itu melihat Hindun binti Utbah dam teman-temannya lari lintang pukang…”

Dalam hadis Barra bin Azib yang terdapat dalam Sahih Bukhari disebutkan: Ketika kami menghadapi kafir Quraisy, mereka melarikan diri, sehingga aku melihat kaum wanita mereka melarikan diri dan meninggalkan bukit sambil mengangkat betis sehingga ternampak gelang-gelang kaki mereka.

Dalam keadaan itu, tentera Islam terus mengejar musuh yang lari lintang pukang yang meninggalkan begitu banyak harta perang.

Menyaksikan musuh mula meninggalkan medan perang dan tiada lagi ancaman serangan terhadap tentera Islam telah mengubah keadaan.

Pasukan memanah di Bukit Uhud yang diamanahkan oleh Rasulullah supaya tetap di situ sama ada dalam keadaan menang atau kalah, mula lupa arahan itu.

Mereka mula bangun dan meninggalkan kedudukan masing-masing sebagai pemanah tepat.

Puncanya, mereka gagal menahan godaan apabila menyaksikan anggota tentera lain berebut-rebut untuk merampas pelbagai jenis harta yang ditinggalkan oleh pihak tentera Quraisy.

“Buat apa kita menunggu lagi di sini, musuh-musuh telah mula mengundurkan diri dan pastinya tidak akan menyerang kembali kerana mereka sendiri sedang diburu.

“Kita telah menang dan harta-harta tersebut mesti kita rampas dan bawa pulang.

“Ghanimah! Ghanimah! Ghanimah! Apa lagi wahai teman-teman sekalian, apa lagi ditunggu, segeralah kita dapatkan harta-harta itu,” kata mereka.

Tetapi ada yang cuba menahan dengan berkata: “Tidakkah Rasulullah sudah berpesan kepada kita supaya jangan tinggalkan tempat ini sebelum ada perintah dari baginda sendiri walaupun baginda sendiri terbunuh sekali pun.

“Bahkan baginda melarang kita daripada menolongnya”.

Pemanah yang hendak juga meninggalkan kedudukan mereka itu pula menjawab: “Betul begitu, tetapi bukankah kita tidak disuruh menunggu di sini sesudah tentera musuh mengundurkan diri dan dikalahkan oleh Allah?”

Selaku ketua pasukan di situ, Abdullah bin Jubair turut berusaha menahan anak-anak buahnya daripada meninggalkan kedudukan mereka.

Sayangnya, sebahagian besar daripada pasukan itu, iaitu seramai 40 orang tetap berdegil dan tidak mempedulikan sebarang nasihat dan perintah ketua mereka.

“Kami tetap akan turun dari bukit ini dan mengambil ghanimah itu,” kata mereka.

Mereka meninggalkan Abdullah bin Jubair dan sembilan pemanah yang tetap setia dan tidak mahu berganjak dari tempat masing-masing.

Ini menjadikan posisi pertahanan di Bukit Uhud berada dalam keadaan bahaya kerana tiada lagi kawalan yang kukuh.

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: