Utama > Uncategorized > ~ cekal seiring tawakal ~

~ cekal seiring tawakal ~

DARIPADA Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda bermaksud: “Janganlah sekali-kali kamu mengharapkan kematian kerana malapetaka yang menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat sesuatu (sudah puas berubat atau berikhtiar) maka hendaklah ia berdoa: Wahai Tuhanku, hidupkanlah aku seandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi matikanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku.”

Seperti maklum, Islam menyuruh umatnya berikhtiar dalam apa juga perkara atau kesulitan yang dialami di samping berdoa memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah.

Kehidupan adalah ujian daripada Allah yang diberikan kepada setiap manusia demi menguji sejauh mana keteguhan iman dan setakat manakah pergantungan seseorang terhadap Allah.

Orang beriman sentiasa tabah menempuh dugaan, sebaliknya pula orang kurang imannya di mana hal itu memungkinkan mereka menyalahkan takdir Allah hingga diri tersesat jauh dari jalan-Nya.

Hendaklah kita sentiasa beringat setiap kesakitan dialami adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya kerana jika seseorang itu berjaya mengatasinya, tidak mengeluh, sentiasa bersabar sambil berikhtiar, Allah akan memberi ganjaran pahala yang besar.

Bukankah setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka kita selaku hamba-Nya mesti yakin akan kebesaran kuasa Allah dan janji Allah serta tidak berputus asa. Hidup adalah suatu perjuangan. Bak kata pahlawan Melayu, pantang menyerah sebelum ajal.

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: