Utama > Uncategorized > ~ indah hidup bersama Tuhan ~

~ indah hidup bersama Tuhan ~

ALLAH SWT menciptakan manusia dengan pelbagai keunikan dan dibekalkan nikmat tidak terhitung nilainya. Antaranya keunikan serta nikmat itu ialah cenderung kepada kemewahan dan kesenangan. Namun, keperluan sebenar bagi jiwa manusia adalah mengenali dan mendekati penciptanya.

Keperluan mengenali Allah melebihi dari keperluan makan, minum serta seksual. Tiada kesenangan di dunia dan akhirat kecuali mengenali, mengasihi dan beribadah kepada yang Maha Esa.

Ibnu Qayyim menyebut: “Apabila seseorang makhluk mengenali pencipta, maka dia akan mendapat ketenangan yang luar biasa. Mereka akan mendapat kekuatan dengan mengenali sifat Allah dan berasa lebih yakin dengan kekuasaan-Nya.”

Imam Abd Muhsin Muhammad Qasim dalam khutbahnya berkata, mereka yang mencapai kemuncak pengabdian kepada Allah adalah mereka yang mengenali semua nama Allah dan sifatnya serta dapat diterjemahkan melalui perbuatan mereka. Ini kerana nama Allah dan sifatnya adalah rangkuman semua sifat kesempurnaan dan kemuliaan.

Baginda Nabi SAW menyebut dalam rukuk ketika bersolat maksudnya: “Maha suci Tuhan yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan.” Hadis riwayat Nasai’)

Baginda juga sering menyebut dalam doanya: “Maha suci-Mu yang tidak terhitung akan kepujianMu seperti mana Engkau telah memuji akan diri-Mu sendiri.” (Hadis riwayat Muslim)

Firman Allah yang bermaksud: “Segala makhluk yang melata di langit dan bumi adalah di bawah pengawasan-Nya.” (Surah Hud, ayat 56). Oleh itu, jika semua manusia bersepakat untuk memudaratkan antara satu sama lain, nescaya tidak akan berlaku melainkan dengan izin-Nya.
Ilmu Allah merangkumi segala apa yang sudah berlaku, sedang atau akan berlaku serta segala pergerakan makhluk adalah berada dalam ilmu pengetahuan-Nya.

Firman Allah yang bermaksud: “Apa yang kamu dedahkan atau sembunyikan pada waktu malam dan siang, semuanya di bawah ilmu Allah.” (Surah Ar-Ra’du, ayat 10)

Allah juga mendengar segala bisikan suara di mana saja mereka berada.
Saidatina Aishah berkata: “Segala puji bagi Allah yang mendengar segala bisikan di mana telah datang seorang wanita bernama Khaulah Binti Sa’labah berkata sesuatu kepada Baginda SAW dan aku berada jauh dan tidak mendengar apa pun.
Lalu turunlah ayat al-Quran bermaksud: “Sesungguhnya Allah mendengar seseorang mengadu mengenai suaminya dan engkau wahai Muhammad mengadu kepada Allah dan Allah mendengar perbualan kamu berdua.” (Surah Al-Mujadalah, ayat 1)

Perbendaharaan Allah memenuhi ruang langit dan bumi. Sentiasa bersedia untuk memberikan sesuatu kepada hambanya sama ada mereka meminta ataupun tidak.
Rahmatnya sentiasa turun pada sepertiga malam lalu berkata: “Siapakah yang memerlukan pertolongan nescaya Aku akan membantu.”

Ikan di laut, burung di udara semuanya tiada terkecuali dari mendapat kelebihan daripada rahmat Allah seperti firman yang bermaksud: “Dan tidak ada satu makhluk pun yang melata di bumi melainkan telah tercatat akan rezeki masing-masing.” (Surah Hud, ayat 6)

Jika Allah memperkenankan semua doa yang dipohon, ia tidak sekali-kali akan mengurangkan khazanah-Nya walau sedikitpun. Allah menambahkan lagi bonus pahala bagi yang beramal melakukan kebaikan. Digandakan lagi satu kebajikan kepada sepuluh pahala sehingga tujuh ratus kali ganda.

Beribadah pada malam Lailatulqadar disamakan dengan beribadah seribu bulan, berpuasa tiga hari pada bulan Syawal bersamaan pahala berpuasa setahun, yang membantu dengan ikhlas akan digandakan pahalanya sehingga tidak terhitung.

Demikianlah tawaran Allah yang sentiasa terbuka kepada hambaNya, betapa pemurah dan penyayang akan pencipta terhadap makhluknya.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Pada hari kiamat diletakkan langit pada hujung jari-Nya (kekuasaan-Nya), bumi pada jari-Nya, bukit bukau dan tumbuh-tumbuhan diatas satu jari-Nya seraya berkata: Akulah yang maha berkuasa.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah yang bermaksud: “Seandainya pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta dan ditambah tujuh lautan lagi setelah keringnya nescaya tiada cukup untuk menulis akan nikmat dan kekuasaan Allah.” (Surah Luqman, ayat 27)

Demikianlah rentetan kekuasaan Allah supaya dapat diperhatikan bersama supaya kita lebih tawaduk dan merendahkan diri dengan kekuasaan sementara yang diberikan Allah .

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: